Wahai wanita, anda ingin cepat hamil selepas melakukan hubungan seks? Memiliki cahaya mata selepas bernikah adalah impian setiap pasangan. Selama ini pasti anda sudah dengar pelbagai info tentang hubungan seks yang mampu membuatkan anda hamil. Berikut adalah 4 fakta tentang hubungan seks untuk cepat hamil.
1. Tidak Ada Posisi Terbaik Untuk Cepat Hamil
Masih belum ada bukti untuk mengatakan tentang posisi seks bagi cepat hamil.
2. Baring 10-15 Minit Selepas Melakukan Hubungan Seks
Mungkin ada pernah dengar bahawa baring selepas melakukan hubungan seks dengan kedua kaki diangkat keatas mampu membuatkan anda hamil. Perkara ini sebenarnya tidak begitu benar. Apa yang disarankan adalah baring tanpa mengangkat kaki ke udara. Selain itu, jangan buang air kecil selepas melakukan hubungan seks bagi memberi peluang kepada sperm melakukan khidmat mereka.
3. Hubungan Seks Setiap Hari
Melakukan hubungan seks setiap hari sebenarnya tidak meningkatkan peluang anda untuk cepat hamil. Sperma atau air mani boleh hidup selama 72 jam selepas melakukan hubungan seks. Apa yang bagus adalah hubungan seks yang teratur dan bukan semestinya setiap hari.
4. Tenangkan Fikiran
Melakukan hubungan seks dengan rasa tertekan hanya mengurangkan peratus anda untuk hamil. Sebaiknya adalah tenangkan fikiran anda terutama sekali bila itu adalah pertama kali anda melakukan hubungan seks dengan pasangan dimalam pertama.
Ketahui rahsia mudah hamil di sini.