Bagi mereka yang selalu kedapur untuk memasak, pasti mereka sudah biasa dengar dengan bunga lawang. Bunga lawang adalah sejenis rempah yang akan ditambah kedalam sesetengah masakan. Bentuk bunga lawang ini amat mudah untuk dikenal pasti kerana ianya sudah semestinya berbentuk bunga. Untuk ketahui khasiat yang terdapat pada bunga lawang ini, teruskan bacaan anda untuk ketahui 5 khasiat bunga lawang yang boleh anda ketahui.
1. Menjaga Kesihatan Kulit
Salah satu manfaat yang terdapat pada bunga lawang adalah mampu menjaga kesihatan dan kecantikan kulit. Ini kerana bunga lawang mempunyai kandungan anethol iaitu sejenis minyak. Minyak inilah yang mampu membuatkan kulit kita bertambah cantik.
2. Kesihatan Wanita
Minyak bunga lawang juga memiliki sifat estrogen yang mampu mengelakan wanita berasa kram ketika haid. Sapukan minyak bunga lawang ketempat yang sakit secara perlahan. Boleh juga diminum rebusan bunga lawang bersama asam jawa.
3. Mengatasi Perut kembung Atau Bergas dan Sembelit
Jika anda mengalami gangguan pencernaan seperti kembung, susah kentut, banyakkan minum minyak bunga lawang bersama air hangat di pagi hari untuk melancarkan pencernaan.
4. Menjaga Kesihatan Jantung
Minyak bunga lawang juga memiliki pengaruh terhadap kawalan tekanan darah. Menggunakan minyak ini boleh mengurangkan tekanan pada jantung dan menguatkan jantung kerana ia mempunyai khasiatnya yang tersendiri.
5. Meredakan Selesema Dan Batuk
Jika selalu dengar bahawa cengkih mampu mengurangkan rasa sakit gigi, bunga lawang mampun untuk meredakan selesema dan batuk.