5 Tanda Anda Bosan Dengan Kehidupan Seks Anda

5 Tanda Anda Bosan Dengan Kehidupan Seks

thinkstockphotos.com

Dalam kehidupan rumah tangga, kualiti kehidupan seks akan mempengaruhi keharmonian anda wahai wanita dengan suami anda. Pernahkan terlintas dalam fikiran anda bahawa kehIdupan seks anda sudah bosan? Berikut adalah 5 tanda anda bosan dengan kehidupan seks anda.

1. Waktu Bersama Semakin Sedikit
Jika waktu untuk bersama semakin sedikit dan terbatas, perasaan untuk melakukan seks turut berkurangan. Luangkan masa untuk bersama. Rancang masa anda agar hubungan anda dengan pasangan lebih ceria.

2. Seks Menjadi Rutin
Jika anda sudah mendirikan rumah tangga untuk jangka masa yang lama, boleh jadi hubungan seks anda sedikit bosan. Cuba untuk pelajari posisi seks agar hubungan seks anda dengan pasangan sentiasa hangat.

3. Selalu Penat
Jika anda dengan pasangan sudah terlalu sibuk dengan aktiviti harian, tubuh anda akan menjadi penat bila tiba dirumah. Perkara ini akan membuatkan rasa ghairah anda untuk melakukan seks berkurangan dan langsung tiada.

4. Tidak Mahu Mengecewakan Pasangan
Ketika isteri meminta pasangan untuk mengubah sedikit cara seks baik dari segi posisi dan lain-lain, sang suami biasanya akan tersinggung. Cuba cari masa berdua yang sesuai untuk berbincang tentang hubungan seks anda dengan pasangan.

5. Tidak Berasa Ghairah Lagi
Mungkin ada sesuatu yang menggangu rasa ghairah anda untuk melakukan seks. Cari tempat untuk utarakan masalah anda. Hubungan komunikasi antara pasangan juga penting bagi memelihara hubungan seks lebih sempurna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.