Seorang lelaki yang melihat seorang wanita cantik akan berfikir bahawa tidak mustahil bahawa wanita itu akan menjadi jodohnya. Namun apa yang nampak diluar tidak semestinya sama apa yang ada di dalam iaitu perwatakannya. Berikut adalah 7 perwatakan wanita yang membuatkan lelaki ingin melamarnya.
1. Boleh Dipercayai
Lelaki suka kepada wanita yang boleh dipercayai. Ini termasuk mampu menjaga mulut bila bersama dengan rakan-rakan. Ini untuk menjaga nama baik pasangan sendiri.
2. Wanita Yang Memberikan Impak Positif
Sudah semestinya lelaki suka pada wanita yang sentiasa mempunyai attitude positif. Wanita seperti ini akan membuatkan pasangan sangat mencintai anda.
3. Wanita Yang Yakin Pada Pasangan
Lelaki suka pada wanita yang tidak membandingkan dirinya dengan orang lain. Dengan kata lain, percayalah pada pasangan kita. Rasa percaya ini mampu mempertahankan hubungan anda untuk jangan masa yang lama.
4. Wanita Yang Bersemangat
Seorang lelaki sangat bersyukur jika dipertemukan dengan pasangan yang bersemangat bagi mengharungi kehidupan. Ini akan membuatkan anda tampil lebih cantik dihadapan pasangan.
5. Menghargai Orang Lain
Sikap ini perlu dimiliki oleh setiap individu. Hormat pada orang tua dan menghargai yang muda. Sikap ini akan membuatkan orang lain berasa nyaman dengan anda termasuk juga pasangan anda.
6. Seorang Yang Bebas
Walaupun dimanjakan teman lelaki, lelaki suka dengan wanita yang boleh hidup bebas tanpa melampaui batas. Ingat bila menjadi isteri nanti, anda akan menguruskan banyak hal.
7. Mengingatkannya Pada Tuhan
Sikap yang paling disukai lelaki pada wanita adalah bila mengingatkan diri mereka pada tuhan. Adakalanya lelaki perlu diingatkan pada tuhan untuk menjadi iman dan pemimpin yang terbaik bagi diri anda.