Bulu kemaluan adalah salah satu pelindung alat sulit yang penting. Walaupun terletak di bawah, kekemasannya tidak boleh dipandang ringan. Bulu kemaluan yang bersih pasti akan membuatkan rasa nyaman dan jauh dari serangan penyakit. Berikut adalah 6 langkah mencukur bulu kemaluan tanpa rasa sakit yang boleh anda ikuti. Semoga bulu kemaluan anda lebih bersih dan selesa.
1. Merapikan Sebelum Mencukur
Pisau cukur direka untuk mencukur bulu yang pendek. Rapikan dengan cara memotong terlebih dulu bulu yang panjang. Pilih gunting yang kecil dan tajam serta mudah digenggam dan dilengkapi dengna pelindung khusus.
2. Lembutkan Kulit Sekeliling
Untuk bulu mudah dicukur, lembutkan dahulu kulit disekitarnya dengan menggunakan air hangat. Anda boleh menggunakan kain yang telah dicelup air panas dan ditutupkan pada alat sulit selamat 1 hingga 3 minit.
3. Gunakan Buih
Gunakan buih pencukur, krim atau gel tanpa pewangi. Jika anda memiliki krim khas, itu lebih baik. Guna kan buih tersebut pada bahagian kulit lain terlebih dahulu bagi mengelakan masalah alergi pada kulit.
4. Ketika Mencukur
Pilih Pisau cukur yang baru dan bersih untuk mempermudahkan prosesnya. Regangkan kulit di sekitar alat sulit agai permukaan kulit rata. Mencukur dengan hanya satu arah akan menghasilkan bulu yang lebih rapi. Jangan cukur terlalu nipis kerana dikhuatiri boleh melukakan kulit.
5. Membersihkan dan Merawat
Dengan sabun yang lembut, bersihkan kawasan bulu kemaluan anda. Bagi wanita, jgn bersihkan kawasan labia dengan sabun. Elakan meletakan bedak pada bahagian vagina untuk mengelakan kanser rahim.