6 Tips Melakukan Hubungan Seks Pada Malam Pertama

thinkstockphotos.com

thinkstockphotos.com

Dari kajian yang dilakukan, hanya separuh dari pasangan yang baru bernikah akan melakukan hubungan seks mereka pada malam pertama mereka. Banyak alasan yang diberikan oleh pasangan yang tidak melakukan hubungan seks pada malam pertama antaranya penat dan belum bersedia. Berikut adalah 6 tips untuk melakukan hubungan seks pada malam pertama.

1. Jangan Terus Masuk Dalam Bilik Tidur
Cari tempat khas untuk menghabiskan waktu bersama selain bilik tidur. Anda boleh berjalan-jalan dengan pasangan atau duduk berdua di taman. Luangkan masa untuk membuatkan perasaan anda tenang dan lega agar tubuh  dan fikiran menjadi aman dan tenteram.

2. Luangkan Masa Ke Bilik Mandi
Kebiasaannya wanita ada acara tersendiri sebelum tidur. Ketika masih belum nyaman untuk tidur bersama, pergilah ke bilik mandi seketika. Kenakan sedikit wangian dan bersihkan diri atau apa sahaja yang boleh mendatangkan keyakinan diri.

3. Fokus Untuk Menikmati Waktu Berdua Sahaja
Selesai majlis pernikahan, biasanya banyak perkara yang mesti diatur dan diurus. Sebenarnya anda tidak perlu lakukan itu semua. Biarkan beberapa perkara agar anda ada waktu untuk berdua sahaja dengan pasangan pada malam pertama.

4. Elakkan Penat Punca Perbalahan
Rasa penat disebabkan majlis pernikahan biasanya membuatkan emosi mudah terusik. Jangan disebabkan ini akan mencetuskan perbalahan pada malam pertama. Malam pertama seharusnya menjadi malam yang sangat romantik dan akan dikenang sampai bila-bila. Kalau malam pertama dihiasi dengan perbalahan, pasti akan menjadi kenangan buruk.

5. Lakukan Persiapan Dengan Baik
Sediakan baju seksi, kenakan wangian yang menggoda dan sebagainya. Apa yang lebih penting adalah sikap keterbukaan. Melakukan hubungan seks pada malam pertama akan sama-sama menjadi pengalaman yang akan dikenang oleh pasangan dan anda. Suarakan apa sahaja yang menggangu anda dan pasangan pada malam pertama.

6. Bangkitkan Ghairah
Lakukan perkara yang mampu membuatkan tubuh anda tenang seperti mandi air panas, urutan atau mendengar muzik lembut. Tidak perlu terburu-buru. Yang penting adalah ciptakan rasa nyaman antara anda dengan pasangan. Jika tubuh rasa lebih nyaman dan tidak tertekan, maka hubungan seks boleh dilakukan dengan penuh ghairah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.