Tulisan tangan lelaki dikatakan boleh menggambarkan personalitinya. Ini turut dibuktikan melalui kajian yang dilakukan oleh pakar motivasi, Dato’ Dr. Haji Fadzillah Kamsah. Jom lihat gaya tulisan anda. Ada kah benar personaliti anda begitu? Andai ia bersikap negatif, cubalah untuk memperbaikinya. Kadangkala sebagai manusia kita tidak terlepas pandang tentang sikap diri sendiri. Berikut adalah 10 rahsia tulisan tangan lelaki.
1. Tekanan Kuat
Menulis dengan tekanan kuat hingga berbekas dibelakang kertas dikatakan seseorang yang sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif.
2. Tekanan Ringan
Menulis dengan lembut dan ringan menggambarkan personaliti lelaki yang kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.
3. Tulisan Bulat-Bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat memberi sifat emosi, prihatin, pengasih, penyayang, mempunyai kepekaan tinggi dan banyak menggunakan minda kreatif (otak sebelah kanan).
4. Tulisanan Tajam Atau Leper
Tulisan yang tajam menggambarkan lelaki yang rasional, bekerja dengan sistematik, pandai mengurus dan banyak menggunakan otak logik (otak sebelah kiri)
5. Condong Ke Kanan
Individu yang suka bercerita, berkongsi maklumat dengan orang lain, peramah, mudah membawa diri, kemampuan memimpin, mempamerkan kasih sayangnya, berani dan pemurah.
6. Condong Ke Kiri
Individu yang suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tidak suka berubah dan amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tidak suka bercampur orang.
7. Tulisan Tegak
Menggambarkan seseorang yang sistematik, mudah mengawal diri, suka berkawan tetapi tidak mencari kawan sebaliknya kawan mencarinya, tidak suka bergaduh dan suka mengambil jalan tengah.
8. Tulisan Bercampur-Campur
Gambaran personaliti yang mempunyai emosi tidak tetap seperti remaja yang belum cukup umur.
9. Tulisan Jarang-Jarang
Tidak suka bercampur gaul dengan orang, kurang mesra dan sedikit boros.
10. Tulisan Rapat-Rapat
Suka bercampur orang, amat bergantung kepada orang lain, penjimat atau kedekut.
Fakta : Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan.