5 Tanda Produk Kosmetik Rosak

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Produk kosmetik mempunyai jangka hayat iaitu satu hingga dua tahun. Namun terdapat produk yang rosak akibat persekitaran dan penyimpanan yang tidak betul. Bagaimana untuk mengetahui sama ada produk anda masih berkeadaan baik atau sebaliknya? Berikut adalah 5 tanda produk kosmetik rosak.

1. Berbau Tidak Enak
Kebanyakan produk mengandungi pewangi. Jika produk anda seakan hilang bau, ia tanda awal produk tersebut menghampiri tarikh luput. Jika terdapat bau yang kurang enak seperti masam, jangan berfikir dua kali. Buang sahaja produk tersebut kerana sudah rosak. Walaupun belum tarikh luput, anda perlu membuang produk yang berbau. Produk tersebut mungkin rosak akibat pendedahan berterusan atau cara penyimpanan yang salah.

2. Tekstur Berubah
Jika teksturnya berubah menjadi lebih pekat atau cair, gantikan dengan produk yang baru. Perubahan tekstur merupakan tanda emulsion instabilty iaitu situasi di mana minyak dan air yang seharusnya bersatu menjadi terpisah.

3. Perubahan Warna
Tidak dinafikan terdapat produk yang sensitif dengan pendedahan cahaya terutamanya dalam pembungkusan lut sinar. Jika terdapat sedikit perubahan warna, ia adalah wajar. Bagaimanapun jika perubahan warna terlalu ketara, lebih baik anda lupakan sahaja. Perubahan sebegini menandakan ia telah rosak.

4. Berkulat
Teliti barangan kosmetik anda andai ada tana kulapuk atau kulat di bahagian atas, sisi mahupun bawah. Produk kosmetik tidak boleh dicucui dengan air kerana akan merosakkan bahan pengawet. Akibatnya, bakteria akan menyerang dan merosakkan produk tersebut.

5. Berlapis
Jika terdapat lapisan seperti kek, berhati-hatilah. Lapisan ini menandakan produk tersebut telah rosak dan kebaikan yang terkandung pada produk tersebut tiada manfaatnya lagi. Malah ia boleh memudaratkan kulit anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.