6 Cara Elak Mengantuk Di Pejabat

INGimage

INGimage

Bagi mereka yang bekerja di pejabat ataupun dalam waktu ‘office hour’, pasti akan berasa ngantuk ketika menjalankan tugas. Bagi menangani masalah mengantuk di pejabat, anda boleh teruskan bacaan untuk ketahui 6 cara elak mengantuk di pejabat.

1. Jangan TInggal Sarapan
Sarapan merupakan sumber penting yang memberi tenaga kepada kita untuk bergerak seharian. Selepas sarapan diri akan terasa lebih segar dan bersemangat untuk kerja sekali gus mengikis rasa mengantuk akibat lapar.

2. Buat Rengangan Badan
Bangun sebentar dari tempat duduk dan lakukan pergerakan kecil atau senaman rengangan badan. Jika mahu, jalan disekitar pejabat untuk kembalikan kesegaran.

3. Kunyah/Makan
Ambil makanan ringan seperti kuih muih atau biskut untuk dijadikan snack kerana kunyahan merupakan cara paling efektif untuk menghilangkan rasa ngantuk. Buat persediaan awal dengan menyimpan bekalan di pejabat atau beli di waktu makan tengah hari.

4. Sembang Dengan Rakan Sekerja
Berboraklah dengan rakan sekerja jika berpeluang. Ianya dapat menghilangkan rasa bosan seterusnya memberi serta menaikkan semangat ketika bekerja.

5. Tidur Cukup Pada Waktu Malam
Mungkin salah satu faktor rasa mengantuk di pejabat adalah kerana tidur yang tidak mencukupi pada malam sebelumnya. Disiplinkan diri dengan tidur awal dan rasa sendiri perbezaan pada keesokan harinya.

6. Motivasi Diri
Sentiasa rangsang diri dengan kata-kata semangat yang boleh memberi dorongan untuk bekerja dengan lebih bertenaga lagi.

Sumber : Eh.com.my

lambat pancut, tahan lama & lambat keluar air mani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *