Kucupan seorang lelaki kepada pasangannya sebenarnya terselit rahsia yang perlu difahami. Ia mempunyai makna tertentu dan pasti menyeronokkan andai dapat menyingkap makna di sebaliknya. Di sebelik makna ciuman itu, ia menggambarkan sikap si jejaka terhadap pasangannya. Ayuh semak 6 rahsia ciuman lelaki pada bahagian tubuh wanita yang pastinya mempunyai maksud terbeza.
1. Ciuman Pada Tangan
- Ciuman di belakang tangan wanita membawa tanda si lelaki menghormati anda.
- Jarang berlaku kepada lelaki terhadap pasangan wanitanya kerana ia lebih kepada anak dan ibu.
- Namun jika berlaku, ia membawa maksud lelaki berkenaan benar-benar menyanjung pasangannya sebagai seorang yang sangat istimewa dalam hidupnya.
2. Ciuman Pada Dahi
- Ia membawa tanda begitu kasihnya lelaki terhadap pasangan wanitanya.
- Saat dahi dikucup, wanita tersebut dapat merasakan getaran kasih si lelaki.
- Selalunya dilakukan suami terhadap isteri.
3. Ciuman Di Pipi
- Ciuman di pipi wanita oleh pasangan lelakinya membawa tanda si dia sangat sayang pada wanita tersebut.
- Ciuman ini sering dilakukan suami kepada isteri dalam suasana ceria.
- Kadangkala sebelum pergi dan pulang kerja, si suami akan mudah menghadiahkan ciuman di pipi menandakan si dia merindui isterinya.
4. Ciuman Di Bibir
- Ciuman pada bibir wanita memberi makna si lelaki sedang menghadiahkan ciuman cinta.
- Bagi sesetengah lelaki, tidak perlu mengungkapkan rasa cinta kerana ciuman di bibir wanita yang disayangi itu sudah memadai.
5. Ciuman Dari Belakang
- Sesekali diberi kejutan oleh si suami yang memeluk anda dari belakang dan mengucup leher pasti membahagiakan.
- Ia membawa maksud si suami sedang merindui anda dan mahu anda memahami kemahuannya itu.
6. Ciuman Di Telinga
- Kecupan di telinga memberi tanda pujian yang bersifat intim.
- Selalunya ia akan disusuli dengan bisikan lembut dan sebuah dakapan mesra.