7 Khasiat Anggur Kepada Lelaki

7 Khasiat Anggur Kepada LelakiPengambilan buah-buahan dalam rutin makanan seharian sangat digalakkan. Baik wanita mahupun lelaki, khasiat buah-buahan sangat membantu bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat. Ramai yang mengetahui buah-buhan mempunyai khasiatnya tersendiri termasuklah anggur. Anggur yang diambil dengan kuantiti mencukupi mampu mengurangkan pelbagai risiko penyakit lelaki. Jom semak 7 khasiat anggur kepada lelaki.

1. Serangan Jantung
Anggur mengandungi niric oxide yang tinggi dimana ia mengurangkan pembentukan gumpalan dalam darah. Keadaan itu akan mengurankan berlakukanya serangan jantung.

2. Kolesterol
Anggur juga mempunyai bahan pterostilbene yang mempunyai kapasiti untuk mengurangkan kolesterol dalam tubuh.

3. Sembelit
Anggur mengandungi bahan asid organik, gula dan cellulose. Bahan-bahan ini membantu masalah penghadaman yang berlaku kepada pesakit.

4. Buah Pinggang
Anggur mengurangkan tahap keasidan asid urik di dalam tubuh. Ia membantu menyingkirkan asid daripada sistem tubuh. Ini akan mengurangkan tekanan ke atas ginjal.

5. Kanser Payudara
Meski kanser payudara kerap menyerang wanita, namun perkembangan semasa menunjukkan golongan lelaki turut tidak terkecuali. Melalui kajian yang dijalankan ke atas tikur setelah diberi makan anggur, didapati buah ini mampu mengurangkan risikio kanser payudara.

6. Alzheimer
Penyakit yang sering dialami lelaki berusia ini boleh dikurangkandengan pengambilan anggur. Resveratrol, sejenis polyphenol didapati menurunkan beta amyloid pada pesakit Alzheimer. Anggur juga baik untuk kesihatan otak manusia.

7. Kanser
Flavonoids yang terkandung di dalam anggur bertindak sebagai antioksidan yang melawan kanser. Anthocyanins dan proanthocyanidins yang ada di dalam anggur bertindak mengurangkan risiko pertumbuhan kanser.

Fakta

  • Anggur mengandungi 70% kalori per setengah cawan.
  • Biji anggur dikatakan 50 kali ganda lebih efektif sebagai antioksidan berbanding vitamin
  • Merupakan sumber potassium vitamin C dan pectin sejenis serat yang membantu mengurangi kolesterol darah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.