4 Sebab Lelaki Lebih Ghairah Pada Waktu Pagi

Shutterstock.com

Shutterstock.com

Menurut kajian, wanita lebih suka untuk melakukan hubungan intim di malam hari. Ini kerana hormon yang membangkitkan ghairah seks anda lebih tinggi pada waktu malam. Perkara ini akan memudahkan pasangan anda untuk menaikan ghairah anda pada ketika itu. Namun begitu, sebaliknya pasangan anda pula yang lebih berghairah pada waktu lain iaitu waktu pagi.  Berikut adalah 4 sebab lelaki lebih ghairah pada waktu pagi.

1. Tahap Testosteron Yang Lebih Tinggi
Salah satu sebabnya kenapa pasangan lebih suka seks diwaktu pagi adalah kerana tahap hormon testosteron mereka lebih tinggi pada waktu pagi. Lelaki yang mempunyai tidur yang nyenyak dan panjang akan memiliki testosteron yang lebih tinggi.

2. Pengaruh Stress
Kortisol adalah hormon stress yang berpengaruh terhadap hormon seksual lelaki. Hormon seksual lelaki akan turun jika hormon kortisol ini naik.Oleh itu, tidur yang nyenyak mampu menurunkan hormon kortisol dan menaikkan hormon seksual.

3. Keinginan Untuk Bercumbu
Untuk pengetahuan anda, lelaki tidak pernah berhenti untuk menghasilkan hormon testoteron. Bila sudah berada dipuncaknya, pasti si lelaki akan menggoda anda dan kebanyakan lebih menggoda pada waktu siang berbanding malam.

4. Anda Dalam Kawalan
Pada waktu malam, hormon testosteron pasangan akan menurun dan sebaliknya anda yang lebih ghairah. Tidak hairan jika si lelaki sering kalah jika berhubungan intim pada malam hari. Lelaki suka untuk melakukan ‘pembalasan’ di waktu pagi ketika anda sudah kurang rasa ghairah dan kembali dalam kawalanya.

Oleh itu wahai wanita, tidak hairan jika pasangan anda lebih mesra ketika bangun dari tidur kerana hormon testosteronya sedang berada dipuncak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.