5 Langkah Buka Hati Yang Terluka

5-Langkah-Buka-Hati-Yang-TerlukaAnak yang telah tertutup hati dan semangatnya akan mencetuskan masalah dan memporak-perandakan kehidupan keluarga dengan berbagai-bagai masalah seperti dadah, arak, rokok dan pelbagai masalah lagi. Luka di hati yang menjadikan mereka enggan menerima kebaikan. Oleh itu hati anak ini perlu dibukakan kembali. Tapi bagaimana caranya? Berikut adalah 5 langkah buka hati yang terluka.

1. Jadilah Seorang Yang Lembut Hati
Gunakan nada suara, bahasa tubuh dan berkomunikasi dengan lembut. Biarkan dia merasai dirinya penting kepada anda. walaupun kesalahan itu bukan anda lakukan, adalah penting untuk anda berlembut. Apatah lagi jika anda yang menyebabkan luka di hatinya.

2. Tingkatkan Kefahaman
Akuilah kesakitan dijiwanya dan fahamilah pandanganya tentang cara dia melihat tindakan kasar itu terhadapnya. Janganlah menafikan dengan memberi alasan. Ini bukan masa untuk memberi alasan. ini masa untuk memdengar sudut pandanganya.

3. Kenali Perbuatan Kasar
Jika anda memang bersalah, maka mengakulah. Perkara ini mungkin sesuatu yang sukar, terutama bagi kita yang dibesarkan dengan kepercayaan di mana ibu bapa tidak patut mengakui kesalahan di hadapan anak-anak kerana bimbang mereka akan hilang hormat. Namun jika itu bukan kesilapan anda, cuma dia tersalah tafsir, maka berilah pandangan anda tanpa menidakkan apa yang disangkakanya. Terangkan dengan nada yang lembut supaya mudah dia menerima penjelasan anda.

4. Berusaha Melakukan Sentuhan
Sentuhan fizikal ialah satu daripada bahasa kasih sayang yang cukup berkesan. Sentuhlah dengan lembut dan perlahan-lahan. Jangan terus dipeluk. Pastikan anda telah bersedia untuk menerima sentuhan.

5. Bermaafan
Mohon kemaafan dengan seikhlas hati jika anda bersalah dan beri masa kepadanya untuk memberi tindak balas. Sekitarnya dia berdiam diri, ini adalah petunjuk ada sesuatu perkara yang lebih parah. Tanyakan kepadanya perlahan-lahan jika wujud masalah disebaliknya.

Jangan terhenti di situ sahaja. Memohon kemaafan bukanlah bererti kita lemah, tetapi satu petanda bahawa kita seorang yang berhati besar. Bila anda sanggup melakukan sebegini, maka anda boleh membetulkan kembali perhubungan yang telah tercalar.

Sebagai ibu bapa, kita adalah mentor kepada anak-anak. Bila seorang ibu atau bapa boleh menelan egonya untuk membetulkan keadaan. Maka anak akan terdorong meluruhkan egonya dan menjadi pengikut setia. Namun ingin diingatkan, bila mahu memohon maaf, mohonlah dengan ikhlas dan dengan tenang. Kita meminta maaf kerana sedar akan kesilapan yang dibuat dan ambil tanggungjawab membetulkan kerana sedar sebagai manusia, kita tidak dapat lari dari melakukan sesalahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.