Umum mengetahui bahawa penyakit darah tinggi tiada penghujungnya. Tekanan darah yang terlalu tinggi menyebabkan jantung harus bekerja dengan lebih keras untuk mengalirkan darah ke seluruh tubuh. Jika tidak dirawat dengan betul, risiko kepada penyakit jantung atau angin ahmar lebih tinggi.Walau bagaimanapun, jangan cepat kecewa kerana masih ada cara yang boleh dipraktikan untuk mengawal penyakit ini. Berikut adalah beberapa jenis makanan yang sesuai diambil bagi menurunkan tekanan darah tinggi.
1. Kacang Soya
Kacang soya biasa diambil oleh ibu-ibu hamil dengan alasan ia mampu memberi kesan yang baik kepada bayi. Selain itu, ia juga mengenyangkan. Kandungan bahan kalium dan zat semula jadi bermanfaat untuk mencegah kenaikan tekanan darah dalam tubuh sekali gus membuatkan diri lebih cergas dan bertenaga.
2. Tomato
Tomato sumber makanan yang baik untuk mendapatkan kulit yang cantik. Kandungan bahan antioksidan di dalamnya juga membantu menurunkan tekanan darah. Dinasihatkan agar mengambilnya secara mentah dan dijadikan ia pengganti kepada makanan ringan. Lebih sihat dan menyeronokkan.
3. Bayam
Bayam kaya dengan magnesium dan kalsium yang cukup ‘hebat’ dalam mengawal tekanan darah. Oleh sebab itulah pengambilannya amat digalakkan. Masukkan sayur ini ke dalam hidangan harian anda agar tubuh sihat dan bertenaga.
4. Coklat Gelap
Sebut sahaja coklat, ramai yang menggeleng kepada gara-gara bimbang kenaikan berat badan selain bimbang mengundang diabetes. Sebenarnya, anda masih boleh mengambil coklat gelap sekurang-kurangnya 25 hingga 30 kalori sehari. Coklat gelap mengandungi sejenis bahan iaitu flavanols yang memberi manfaat kepada kesihatan pembuluh darah seperti menurunkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah ke otak dan jantung.
5. Susu
Umum mengetahui bahawa susu mengandungi sumber kalsium, kalium dan vitamin D yang tinggi. Ini amat membantu untuk mengurangkan tekanan darah sekali gus membuatkan tubuh sihat dan cergas. Justeru, pastikan anda meminum susu sekurang-kurangnya dua gelas sehari.
Info : Masyarakat Cina mula menggunakan kacang soya sebagai makanan kesihatan sejak 5000 tahun yang lalu.