Keintiman adalah perkara yang diinginkan oleh setiap pasangan dengan cara yang tersendiri. Ketika sudah selalu dan kenal dengan pasangan, menjadi diri sendiri adalah detik intim yang paling indah. Namun begitu, berbicara dalam bab hubungan seks, pasti akan wujud rasa takut dalam setiap diri antara satu sama lain. Ini selalu terjadi kepada pasangan yang baru sahaja bernikah, baru lepas terkena masalah ataupun pada mereka yang sangka bahwa mereka sudah tidak menarik lagi. Berikut adalah 5 ketakutan ketika melakukan hubungan seks.
1. Takut Ditolak
Setiap orang pasti pernah membayangkan bahwa mereka bertambah intim dengan pasangan mereka. Perkara ini memerlukan kepercayaan dan pemahaman yang tinggi. Dalam melakukan hubungan seks, satu penolakan kecik mampu menjadi detik hitam dan akan dikenang berbulan lamanya.
2. Takut Gagal
Kegagalan yang paling ditakuti adalah tidak mencapai kepuasan ataupun orgasme. Jangan takut, pancing keintiman anda sehari-hari bersama pasangan agar lebih bersemangat dalam melakukan hubungan intim.
3. Body Image
Ketakutan ini muncul kerana tidak berasa yakin dengan penampilan sendiri. Menjaga bentuk tubuh memang perlu tetapi keintiman hubungan seks akan mengatasi segala masalah yang terdapat pada tubuh anda.
4. Detik Janggal
Adakalanya kita akan berasa janggal dengan pasangan kita. Mungkin kerana baru saling kenal mengenali ataupun baru sahaja berbaik selepas berdepan dengan masalah. Atasi detik ini dengan dengan perkara yang membolehkan anda kembali beraksi skin on skin.
5. Takut Kehilangan
Perkara yang paling ditakuti adalah takut kehilangan orang lain. Wanita biasanya berdepan dengan ketakutan ini dalam hubungan seks. Buang rasa ketakutan ini agar hubungan seks anda lebih indah.
Jika masih ada ketakutan atau berasa janggal, bincangkan dengan suami anda kerana itulah penyelesaian masalah paling baik.