Kadangkala situasi boleh membuatkan seseorang itu berubah mood. Lelaki juga begitu. Meski tampak kuat pada fizikalnya, ada masa bila berdepan dengan situasi tertentu, mereka tidak mahu diganggu atau minta difahami.
Dalam hal ini pasangan perlu bersedia dengan perubahan mood tersebut dan usah mengeruhkan lagi keadaan. Sebaiknya belajar untuk memahami situasi lelaki kesayangan anda.
1. Sibuk
Pada ketika pasnagan atau suami sedang sibuk dengan kerja di pejabat, jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput di tempat kerja ataupun menemani pergi membeli-belah. Sama permintaan anda ditolak mentah-mentah atau pun anda akan dimarahi. Dalam hal ini sudah tentu anda sendiri yang terasa hati.
2. Ego
Adatlah bila terjadi perselisihan, pasti si lelaki ego sukar untuk mengakui kesilapan sendiri. Jadi, jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang sikapnya yang ego itu. Ini kerana lelaki tidak menganggap dirinya ego sebaliknya ia adalah suatu ketegasan.
Sumber : Mingguan Wanita.
3. Keletihan
Saat si suami pulang dari pejabat, pasti si dia rasa keletihan. Si dia perlukan rehat terlebih dahulu. Jadi, jangan terburu-buru untuk bercerita tentang apa yang terjadi di rumah terutama hal-hal yang remeh-temeh. Dalam situasi ini, si dia hanya perlukan rehat yang secukupnya dan usah meminta si dia melakukan sesuatu yang boleh menambahkan rasa letihnya.
4. Panas Baran
Kadangkala lelaki boleh menjadi panas baran atas beberapa faktor. Andai si dia berada dalam situasi tersebut, usah melakukan sesuatu yang boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Berdiam diri dan tunggu kemarahannya reda adalah cara terbaik.
5. Romantik
Bila si dia mahu bermanja dalam suasana romantik dengan anda, ambilah peluang tersebut seperti bersiar-siar di tepi pantai atau makan malam istimewa. Ia dapat mengenang kembali saat manis pertemuan pertama anda. Pada masa inilah, kalian boleh berbicara soal perancangan untuk masa hadapan bersama.
Sumber : Mingguan Wanita.
6. Mengongkong
Ada kalanya anda wanita akan rasa diri terkongkong. Namun jika kamu memberontak, pasti akan dimarahi. Ketika berdepan dengan situasi seperti ini, seeloknya kamu berterus terang secara baik dengan si dia. Bercakap dengan gaya yang lembut pasti mencairkan hati si dia.
Info : Lelaki yang mempunyai jari manis lebih panjang berbanding jeri telunjuk kemungkinan besar lebih menarik pada pandangan mata wanita.