4 Sebab Senaman Abdomen Tidak Berkesan

INGimage

INGimage

Ramai yang menyatakan susah untuk mendapatkan tubuh badan yang ramping dan langsing seperti yang diidamkan walaupun sudah mengamalkan pelbagai jenis senaman. Sebenarnya ada sebab kenapa ia tidak berkesan pada tubuh badan anda. Bersumberkan dari eh.com.my, inilah 4 sebab senaman abdomen tidak berkesan.

1. Gerakan yang salah
Senaman yang paling teruk untuk bahagian abdomen adalah sit-up apatah lagi jika anda melakukan pergerakan yang salah. Jika anda menegangkan bahagian leher ketika melakukan sit-up, majoriti kesannya akan lebih tetrumpu kepada bahagian pinggul daripada abdomen. Senaman pilates yang berkesan pada lapisan paling dalam abdomen, postur plank, dan pergerakan satu badan sebenarnya lebih cepat memberikan kesan pada tubuh.

2. Cara pemakanan yang tidak betul
Pakar bersetuju bahawa diet yang sihat adalah jalan pintas untuk mendapatkan abdomen yang rata dan tegap. 1000 kali senaman abdomen sehari itu lebih dari cukup tetapi jika pengambilan kalori yang tidak dijaga, malah tubuh tegap six-pack yang anda impikan akan lebih tersorok disebalik lemak di bahagian tersebut. Jika anda mahukan impian jadi kenyataan, cuba ambil karbohidrat yang tidak terlalu berat seperti pretzel, roti dan pasta serta kawal pengambilan gula kerana gula boleh menyebabkan perut buncit.

3. Kurang tidur
Menurut kajian yang dilakukan oleh pakar, punca senaman yang anda lakukan tidak berkesan adalah tidur yang tidak mencukupi. Kurang tidur boleh memberi kesan kepada kandungan gula dalam darah, hormon lapar atau makan, dan kadar kalori yang dibakar setiap hari. Kajian juga menunjukkan bahawa mereka yang tidur pada kadar enam jam sehari berisiko 27% lebih untuk mengalami kegemukan dari mereka yang tidur selama tujuh hingga sembilan jam sehari.

4. Fokus pada kualiti bukan kuantiti
Senaman 50 atau 100 kali sehari tidak menjamin untuk memberikan anda abdomen tegap dan rata. Ia hanyalah mitos semata tentang lebih banyak senaman anda praktikkan setiap hari, lebih cepat kesannya berlaku. Sebaliknya, jika anda mengamalkan satu hingga tiga set ulangan senaman sudah cukup untuk melengkapkan impian tubuh tegap anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *