Rambut gugur adalah satu masalah yang dapat mengganggu penampilan seseorang. Namun begitu, rambut gugur boleh berpunca dari tabiat buruk anda sendiri. Berikut adalah 4 perkara yang membuatkan rambut gugur.
1. Tertekan
Tertekan atau stress boleh menyebabkan rambut anda gugur. Bahkan keguguran boleh berlaku selepas 4 minggu hingga 3 bulan anda tertekan. Khabar baiknya adalah, rambut anda akan kembali tumbuh selepas stress berkurangan.
2. Mengikat Rambut Terlalu Tegang
Jika rambut anda selalu gugur disebabkan sering diikat terlalu tegang, cuba kurangkan sedikit tegangan tersebut. Anda juga boleh membiarkan rambut anda bebas.
3. Selalu Memakai Pengering Rambut
Menggunakan pengering rambut terlalu kerap boleh menyebabkan rambut anda gugur. Panas yang dihasilkan pengering rambut boleh menyebabkan rambut anda gugur dan rosak.
4. Menyikat Rambut Ketika Masih Basah
Tabiat buruk ini sering dilakukan oleh ramai orang itu menyikat rambut ketika masih basah. Cuba untuk membiarkan rambut anda kering secara semula jadi dan kemudian baru menyikatnya.
Selalulah menjaga kesihatan rambut anda agar keguguran rambut tidak mengganggu kepercayaan diri anda.