5 Kesalahan Suami, Isteri Hilang Mood Untuk Seks

5 Kesalahan Suami, Isteri Hilang Mood Untuk SeksPemanasan atau foreplay menjadi aspek penting dalam perhubungan intim terutama untuk wanita. Membenarkan perkara ini ada banyak yang kajian mendapati wanita akan lebih mudah mencapai kepuasan selepas mendapatkan aksi pemanasan yang cukup dari pasangannya. Paling tidak wanita memerlukan waktu 10 hingga 15 minit untuk pemanasan. Ini perkara yang wajib diketahui suami.

Namun begitu meski pemanasan ini penting, ada juga hal berkaitannya yang menyebabkan wanita hilang ghairah untuk seks malahmematikan moodnya. Apa kesalahan ketika pemanasan yang dilakukan suami dan tidak disukai isteri? Berikut ini beberapa kesalahan yang patut diketahui sang suami.

1. Terlalu Kasar
Sentuhan yang agresif dan kasar bagi lelaki mungkin terasa luar biasa. Namun wanita tidak menyukainya apalagi jika mereka belum benar-benar bersedia untuk seks. Pada umumnya wanita suka disentuh dengan lembut. Tahap kelembutannya mungkin berbeza buat seorang wanita. Ekspresi wajah mahupun tubuh boleh menjadi ukuran sama ada isteri menyukai sentuhan tersebut atau tidak.

Tip untuk suami jika memang ragu dan terlalu sukar untuk bertanya, boleh cuba melakukan keduanya, sentuhan kasar dan lembut. Mulai dengan sentuhan yang sangat lembut lalu sedikit kasar. Kemudian lihat reaksi isiteri.

2. Oral Seks
Tidak semua wanita suka mendapatkan oral seks. Ada banyak sebab kenapa wanita bersikap demikian. Tapi dari semuanya kemungkinan yang paling besar adalah kerana lelaki tidak melakukannya dengan tepat.

Selain itu aktiviti seks ini juga sebenarnya memberi ketikdakselesaan kepada isteri apatah lagi jika tidak pernah melakukannya. Oleh itu sebaiknya kompromi dengan pasangan sebelum mencuba teknik ini agar ia tidak mematikan terus mood isteri.

3. Menyakiti Payudara
Kesalahan paling kerap dilakukan suami pada bahagian ini adalah melakukan sentuhan yang menyakiti payudara pasangannya. Bukan saja sakit malah tidak selesa tapi inilah yang paling disukai suami.

Hal berbeza jika memang isteri yang meminta pasangannya melakukannya. Jika isteri suka dengan sentuhan itu pasti tiada reaksi penolakan. Sebenarnya bahagian sensitif wanita ini perlu diperlakukan dengna cara yang lembut. Bagaimana? Gunakan imaginasi anda.

4. Melupakan Bahagian Intim
Klitoris merupakan zon paling sensitif wanita. Kedudukannya sedikit tersembunyi iaitu berada tepat di bawah tulang kemaluan di antara lipatan labia mayora dan minora.

Umumnya wanita memerlukan waktu 30 hingga 60 minit untuk mencapai orgasma dengan rangsangan klitoris. Menurut kajian 81 peratus wanita mampu mencapai orgasma melalui rangsangan klitoris. Sementara hanya 25 peratus wanita yang mengalami kepuasan melalui penetrasi.

5. Terburu Buru
Dek kerana nafsu yang bergelora, ramai suami bertindak seakan tidak menyempat. Mereka melakukan pemanasan atau rangsangaan secara terburu-buru atau sekadar syarat lantas terus ke acara utama memenuhi kehendak seks mereka.

Sekali lagi diingatkan bahawa wanita memerlukan masa untuk melakukan seks. Suami perlu melakukan rangsangan yang mencukupi agar isteri bersedia. Seks tanpa rangsangan atau pemanasan yang cukup menyebabkan rasa sakit dan isteri langsung tidak menikmati kepuasan. Bukankah seks itu satu kepuasan yang perlu dikongsi bersama.

-Wanita-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.