5 Manfaat Tidur Siang

5 Manfaat Tidur SiangTidur memberi manfaat yang terselindung. Begitu juga dengan tidur siang. Menurut kajian, waktu yang paling sesuai untuk tidur siang adalah antara pukul dua hingga empat petang. Berdasarkan penelitian yang dilakukan oleh para pengkaji, ada beberapa manfaat daripada tabiat tidur siang. Antaranya ialah.

1. Tingkat Daya Ingatan
Satu kajian telah dilakukan ke atas mereka yang suka tidur siang dengan mereka yang tidak tidur  siang dan hasilnya sangat mengejuatkan. Hasil kajian mendapati mereka yang tidur siang, daya kognitif dan memori lebih baik daripada mereka yang jarang tidur siang. Jadi ambil masa sekitar dua hingga tiga jam untuk merehatkan mata minda.

2. Tekanan Darah Menurun
Ini pastinya menjadi satu berita baik untuk mereka yang menghadapi tekanan darah tinggi. Dikatakan tidur siang juga dapat menurunkan tekanan darah. Namun perlulah diingatkan bukan dengan tidur semata-mata tetapi juga daripada tabiat pemakanan yang sihat.

3. Lebih Tenang
Sebenarnya tidur siang yang diambil sekitar dua hingga tiga jan adlaah waktu yang sangat berkualiti untuk tubuh, ini kerana bangun sahaja daripada tidur siang badan anda kembali segar dan bertenaga. Dikatakan mereka yang mengamalkan tidur siang yang berkualiti dapat mengurangkan rasa marah dan lama kelamanaan ia boleh menghilangkan rasa baran.

4. Tingkat Produktiviti
Ini adlaah masalah bagi mereka yang bekerja waktu pejabt. Masalah besar yang dihadapi ialah mengantuk setelah makan tengah hari dan ada kalanya hingga mengganggu kerja. Cara paling berkualti ialah ambil 15 hingga 20 minit untuk melelapkan mata seketika sebelum memulakan tugas kembali. Percaya atau tidak, masa yang diambil itu sangat bermanfaat kerana dapat hilang rasa mengantuk anda.

5. Kulit Lebih Sihat
Jika anda kurang tidur pada malam hari kulit akan menjadi kusam dan tidak bermaya. Paling ketara ialah lingkaran hitam bawah mata. Jadi dengan tidu rsiang ia dapat membantu, meremajakan tubuh dan membuatkan anda tetap sihat.

-Wanita-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.