7 Tip Miliki Bibir Menawan

7 Tip Miliki Bibir MenawanBibir menawan bukan sahaja merah bak delima malah lebih daripada itu. Bibir sihat dan menggoda seharusnya tampak berseri, lembap dan tidak menggelupas. Bagi anda yang mahu memiliki bibir seksi, ikuti tip ini.

1. Gula Atasi Bibir Kering
Bagi wanita yang mengalamai masalah bibir kering dan menggelupas, gosokkan bibir secara perlahan-lahan dengan gula kasar. Selepas itu bersihkan bibir dengan air suam. Lakukan petua ini setiap hari, anda pasti gembira dengan hasilnya nanti.

2. Senaman Khas
Bibri juga akan kelihatan kusam apabila anda stres. elakkan stres, tenangkan diri dengna aktiviti yang menghiburkan. Lakukan senaman bibir yang ringkas seprti mengetap bibir, membuka mulut dan memuncungkannya. Gerakan ringkas ini membuatkan bibir anda lebih releks and melancarkan perjalanan darah. Hasilanya bibir tampak lebih segar.

3. Senyuman Petua Terbaik
Jangan lokek dengan senyuman. Walaupun dalam keadaan diri tertekan, anda perlu tenang dan mengukir senyuman. Senyuman dan ketawa membantu anda gembir dan mengurangkan stres. Ia juga membuatkan bibir tampak bertenaga serta awet muda.

4. Tabiat Menjilat
tabiat menjilat mempunyai kebaikan dan keburukan kepada bibir. Ia membuatkan bibir terlihat seksi dan membersihkan bibir daripada kotoran dengna cara semula jadi. Namun jika terlalu kerap menjilat, bibir akan menjadi kering.

5. Madu Asli
Sapu bibir dengan madu asli sebelum tidur malam. Sebaik sahaja bangun pagi, cuci bibir dengan air perahan limau nipis atau air suam. Lakukan petua ini tiga minggu sekali, bibir akan beransur lembap dan kemerahan.

6. Pelembap Bibir
Oles pelembap bibir sekerap mungkin terutama ketika cuaca panas atau jika anda bekerja di dalam pejabat berhawa dingin. Bibir mudah menjadi kering dan merekah lantaran pelembap adalah jawapan yang terbaik. Selain itu, minum air putih secukupnya agar bibir tampak bermaya.

7. Minyak Zaitun Melembapkan
Bersihkan bibir dengan tisu basah, lapkan dengan tuala sehingga kering kemudian, oles bibir dengan minyak zaitun. Biarkan selama 15 minit sehingga bibir menyerap minyak zaitun dengan sempurna. Ia membuatkan bibir lembap dan sihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.