Umum mengetahui buah beri sememangnya terkenal dengan kepelbagaian khasiat dan baik untuk kesihatan.
Antara rangkaian buah-buahan tersebut adalah strawberi, raspberi, kranberi, beri biru dan beri hitam.
Bagaimanapun, baru-baru ini satu kajian yang dijalankan oleh seorang pensyarah dari Institut James Hutton, England, Dr. Gordon McDougall mendapati beri hitam menpunyai manfaat yang tinggi terhadap tubuh seseorang berbanding buah beri yang lain.
“Kandungan semula jadi zat antioksidan di dalam beri hitam mampu menyembuhkan penyakit biasa seperti selesema.
“Bahkan, buah yang kaya dengna kandungan semula jadi ini juga dapat menghindarkan seseorang daripada terkena serangan jantung dan kanser, ” jelasnya.
Ujar McDougall, tindak balas tersebut berlaku kerana buah beri hitam mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi lebih enam kali ganda berbanding buah beri yang lain.
“Zat antioksidan yang dikenali sebagai anthocyanin dipercayai dapat membesarkan pembuluh darah yang secara tidak langsung menjadikan peredaran darah kedalam tubuh badan lebih cepat dan lancar,” jelasnya lagi.