Jus Limau penyebab Kanser

Jus Limau penyebab Kanser

Gambar Hiasan

Jus limau merupakan antara variasi jus yang sering dijadikan amalan dalam pola pemakanan harian seseorang. Ini kerana, rata-rata individu bertanggapan kandungan jus limau yang kaya dengan vitamin C mampu meningkatkan sistem imun tubuh.

Bagaimanapun kajian daripada ahli dermatologi dari Universiti Brown, Amerika Syarikat, Dr.Abrar Quereshi mendapati, minuman tersebut sebaliknya mengundang risiko menghidap kanser kulit.

“Buah limau mengandungi kandungan tertentu seperti psoralen dan furocoumarins iaitu bahan proaktif yang mampu membuatkan kulit seseorang menjadi lebih sensitif terhadap sinaran matahari.

“Hasil daripada kajian yang dilakukan pengambilan segelas jus limau sekurang-kurangnya sekali sehari mampu meningkatkan risiko kanser sebanyak 25 peratus.

“Bukan itu sahaja, mereka yang mengambil buah anggur sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu pula dikatakan berisiko menghidap penyakit melanoma sebanyak 41 peratus berbanding mereka yang tidak mengambil buah tersebut,” jelas Quereshi.

Justeru, ujar Quereshi, bagi mengelak diserang kanser, individu yang gemar mengambil jus limau perlu menggunakan topi, jaket, atau krim sinar lembayung ketika berada di bawah pancaran cahaya matahari.

lambat pancut, tahan lama & lambat keluar air mani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *