Kurang Tidur Punca Gemuk

Kurang Tidur Punca GemukKajian menunjukkan bahawa pengurangan masa tidur normal walaupun hanya 30 minit pada waktu malam mampu menyebabkan pertambahan berat badan selain mengganggu sistem metabolisme seseorang.

Menurut profesor di Kolej Perubatan Weill Cornell Doha, Qatar, Shahrad Taheri, disebabkan pengurangan waktu tidur, ia secara tidak langsung menyebabkan gangguan metabolisme dalam jangka masa panjang, selain mengundang kepada penyakit diabetes.

” Hasil kajian yang dijalankan itu juga menunjukkan bahawa mereka yang  mempunyai waktu tidur yang tidak teratur cenderung mengalami pertambahan di bahagian lilitan pinggang.

“Dalam kajian selama seminggun yang dijalankan terhadap 522 orang pesakit diabetes juga mendapati, individu yang kurang tidur berisiko 72 peratus diserang obesiti berbanding mereka yang mendapatkan tidur yang mencukupi,” jelasnya.

Jelas Taheri, setelah memantau peserta selama setahun, para penyelidik menemui bahawa setiap pengurangan 30 minit dari waktu tidur dapat meningkatkan risiko menghidap obesiti sehingga 39 peratus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.