Siapa kata, setelah mempunyai pekerjaan yang stabil, kita tidak perlu lagi merancang perjalanan karier dalam hidup? Berdasarkan kajian dunia kerjaya, kebiasaannya seorang pekerja bertukar kerjaya sebnyak dua atau tiga kali dalam hidupnya. Oleh itu, masih belum terlewat untuk kita merancang perjalanan karier agar di satu tahap nanti, kita mendapat apa yang diidam-idamkan. Berikut tip merancang hala tuju kerjaya anda.
Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan
1. Jadikan Acara Tahunan
Perancangan karier perlu disambut. Ini kerana kerjaya yang dimiliki hari ini, tidak menjamin menjadi kerjaya kita untuk selama-lamanya. Luangkan masa dan fikir dengan teliti. apa sebenarnya yang anda mahu dalam kerjaya dan hidup? Pasti anda akan lebih bersedia dalam menghadapi apa-apa jua kemungkinan mendatang dengan menjadikan perancangan karier satu acara tahunan.
2. Kaji Perancangan Terakhir
Luangkan masa mengamati apa yang telah anda lepaskan dan inginkan ketika perancangan terakhir itu. Kaji di mana silapnya, kenapa ketika perancangan itu dibuat, anda tidak memenuhinya pada masa kini? Kenapa kerjaya sekarang berlainan dan tidak mengikut perancangan awal? Anda perlu amati sepenuhnya dan menilai sama ada kerjaya anda sekarang bersesuaian ataupun tidak.
3. Nilai Tahap Kesukaan Pada Kerjaya
Perubahan boleh berlaku dalam sekelip mata, begitu juga dalam kerjaya. Perkara kecil tetap mendadap mampu meninggalkan kesan meksimum. Luangkan sedikit masa untuk meneliti semula tahap kegemaran terhadap kerjaya anda sekarang. Tanya adakah ia bersesuaian dengan cita rasa dan jiwa anda. Catat perkara yang anda suka dan tidak tidak kerjaya anda. Ternyata banya perkara disukai, bermakna anda berada di laluan betul.
4. Jangan Tinggalkan Hobi
Kaji bakat dan hobi yang dimiliki. Ada kalanya bakat mampu melahirkan peluang pekerjaan lebih baik dan menawarkan gaji lebih lumayan daripada karier sekarang tanpa disedari
5. Ambil Kira Pencapaian Kecil
Kebiasaannya, anda terlepas pandan akan pencapaian kecil dan menganggap ia tidak akan membawa sebarang perubahan mahupun kebaikan. Akhirnya pencapaian lupus dari resume semasa anda berusaha mendapatkan sesuatu pekerjaan. Ingat, segala apa jua pencapaian haruslah dicatat dan jangan biarkan ia berkubur begitu sahaja. Siapa tahu pencapaian kecil itu membuahkan hasil di luar jangkaan.