Minuman Tenaga Penyebab Ganggunan Tidur

Minuman Tenaga Penyebab Ganggunan TidurSelepas bersenam, sebahagian besar individu lazimnya akan mengambil sebotol minuman tenaga. Ini kerana, minuman tersebut dipercayai dapat menambah stamina selain mengembalikan semula tenaga yang hilang.

Bagaimanapun menurut profesor di Universiti Texas, Amerika Syarikat, Dr. John Higgins, individu sebaliknya perlu mengelakkan amalan tersebut memandangkan pengambilan minuman tenaga dikatakan mampu membuatkan pola tidur seseorang terganggu.

“Minuman tenaga biasanya mengandungi kandungan gula yang tinggi selain memiliki kandungan kafein yang sama seperti secara kopi.

“Jadi ia akan membuatkan individu tidak berasa mengantuk biarpun pada waktu tersebut badan mereka keletihan.” jelasnya.

Jelas Higgins, selain menggangu pola tidur seseorang, minuman yang tinggi kandungan kafein itu juga dikatakan memiliki kesan sampingan yang serius terhadap kesihatan seseorang seperti kekejangan otot, degupan jantung yang tidak teratur dan tekanan darah yang sangat tinggi.

Bukan itu sahaja, minuman tersebut turut mengganggu keseimbangan garam dalam tubuh yang sering dikaitkan dengan gangguan perkembangan bayi di dalam kandaungan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.