Tempoh percintaan yang panjang bukanlah perkara yang menjanjikan cinta kekal selamanya. Hubungan ini boleh putus pada bila-bila masa sahaja. Ada banyak faktor terputusnya hubungan cinta. Dilampir dari Majalah Wanita, berikut adalah lima punca yang jadi penyebab utama berlakunya putus cinta.
- Tidak Serasi
Setiap manusia mempunyai karakter sendiri. Apabila dua individu cuba mempunyai hubungan, tidak mustahil akan ada yang terasa sukar untuk bersama kerana berbeza karakter dan perangai. Ketidakserasian ini menyebabkan mereka bosan dan akhirnya memutuskan hubungan cinta. Anda boleh cuba meningkatkan keserasian. Namun jika si dia tidak sama-sama mencuba, maka tidak mustahil hubungan anda berdua putus di tengah jalan. - Curang
Kes menduakan kekasih menjadi faktor utama putus cinta apabila anda begitu cemburu dan sakit hati terhadap si dia. walaupun anda boleh memaafkannya naum tahap kepercayaan itu sudah pasti berkurangan. Oleh itu, memutuskan hubungan cinta menjadi pilihan terakhir. - Berubah Sikap
Ada kala sikap seseorang boleh berubah apabila berlaku sesuatu pada dirinya. Misalnya dahulu si dia baik dan lembut tutur katanya. Namun apabila si dia tiba-tiba menjadi kaya atau naik pangkat, sikapnya berubah sombong dan bercakap meninggi diri. Pada ketika itu seleranya mungkin sudah tinggi dan mahukan kekasih yang moden lalu melupakan anda. Justeru hal ini boleh membawa kepada putus cinta. - Tidak Sehaluan
Apabila bercinta pasti adan keinginan untuk berkahwin. Justeru apabila ketika bercinta pun masih sukar mendapat persefahaman akibat daripada tidak sehaluan, adakah masih mahu meneruskan percintaan? Jika si dia selalu sukar untuk memberi kerjasama, maka putus cinta menjadi pilihan tepat. - Keserasian Palsu
Faktor keserasian palsu selalu berlaku apabila hubungan cinta itu berlangsung terlalu lama. Anda cuba mewujudkan keserasian kerana menyayangi hubungan cinta yang telah lama. Sehingga ada kala anda masih cuba beranggapan bahawa apa yang dilakukannya itu tidak mendatangkan maslaah. Akhirnya apabila sudah tidak tahan, segala-galanya meletup dan hubungan anda berakhir dengna perpisahan.