7 Cara Atasi Kulit Kering

7 Cara Atasi Kulit KeringKulit wajah kering mengundang perasaan kurang senang di hati wanita. Apa tidaknya, masalah ini menyebabkan kulit tampak kusam, melupas dan jika tidak dirawat segera proses penuaan berlaku dengan pantas. Bagi mengekalkan kelembapan kulit dan membantu wanita kelihatan awet muda, ikuti beberapa tips cara atasi kulit kering yang dilampirkan oleh Majalah Wanita ini.

  1. Suhu Air Yang Bersesuaian
    Adakah anda tahu suhu air panas dan terlalu sejuk boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Lantaran gunakan suhu air yang sederhana untuk mandi atau mencuci wajah. Ia akan membantu mengekalkan kadar kelembapan kulit.
  2. Pelembap Berbentuk Krim
    Gunakan pelembap berbentuk krim bukannya losen untuk mengatasi masalah kulit kering. Krim lebih mudah menyerap ke dalam kulit dan kekal lama. Lantaran kulit mendapat khasiat yang terkandung di dalam produk tersebut.
  3. Gel Pencuci
    Bagi anda yang mempunyai kulit wajah kering, jangan sesekali menggunakan pencuci berbentuk sabun. Sebaliknya pilih gel pencuci kerana ia berasas air dan membantu membuatkan kulit wajah lembap sekali gus mengelakkan ia melupas.
  4. Minyak Zaitun Sihatkan Kulit
    Minyak zaitun mempunyai pelbagai khasiat. Antaranya ia kaya dengan Vitamin E yang membantu menjadikan kulit halus, lembut dan kekal lembap. Kulit wajah dan tubuh yang kering serta kasar dapat diatasi dengan penggunaan minyak zaitun secara konsisten. Amalkan tip ini setiap hari, pasti anda dapat melihat perubahan yang positif pada kulit.
  5. Masker Avokado
    Kisar buah avokado sehingga benar-benar halus, campurkan dengan air suam. Kemudian gaul bahan ini sehingga sebati. Oleh pada seluruh wajah dan leher, biarkan selama 20 hingga 30 minit. Kemudianbilas dengan air bersih. Lakukan petua ini dua kali seminggu, kulit akan menjadi halus dan tidak lagi kering.
  6. Khasiat Kubis
    Kubis enak dijadikan hidangan dan membekalkan nutrien yang diperlukan tubuh. Selain itu sayuran ini juga mempunyai kebaikan untuk merawat masalah kulit kering. Khasiat yang terkandung di dalam kubis dapat mengatasi kulit kering dengan berkesan. Caranya hancurkan kubis kemudian jadikan masker.
  7. Madu Lembapkan Kulit
    Oleh wajah dengan madu setiap malam sebelum tidur, biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian, bilas wajah dengan air limau nipis atau air putih. Hasilnya kulit menjadi lembap, halus dan kemerahan. Wajah kusam tampak berseri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.