Khasiat Ubi Jalar Untuk Ibu Hamil

Khasiat Ubi Jalar Untuk Ibu HamilDikatakan ubi jalar berkhasiat untuk ibu hamil. Banyak khasiat yang terkandung dalam ibu jalar diperlukan oleh wanita hamil antaranya ;

  1. Vitamin A
    Menurut ‘American Pregnancy Association’, wanita hamil perlu mendapatkan khasiat daripada vitamin sekurang-kurangnya 700 mikrogram vitamin A dalam sehari. Sebiji ubi jalar yang dimasuk bersama-sama kulitnya hampir mempunyai 1.922 mikrogram vitamin A. Ini mencukupi keperluan ibu hamil mendapatkan sumber vitamin A
  2. Vitamin C dan Zat Besi
    Vitamin C sangat penting bagi kesihatan tubuh dan salah satunya adalah membantu menyerap zat besi. Zat besi adalah mineral yang sangat penting bagi kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. The National Institutes of Health menyarankan agar wanita hamil mendapatkan 80 hingga 85 miligram vitamin C dan 27 miligram zat besi setiap hari. Ini boleh diperoleh dalam ubi jalar yang dipanggang bersama kulit mengandungi 39.2 miligram vitamini C yang hampir memenuhi setengah daripada yang disarankan.
  3. Mengandungi Serat
    Serat sangat diperlukan oleh tubuh untuk mengelakan berlakunya sembelit. Ini kerana serat sangat baik untuk sistem pencernaan. Salah satu masalah wanita hamil adalah sembeli. Dengan mendapatkan 22 hingga 28 gram serat setiap hari, akan mengurangi terjadinya masalah pencernaan. Wanita hamil harus mengambil 28-34 gram serat setiap hari dan sebiji ubi jalar memberikan 6.6 gram serat.
  4. Mengandung Kalium/ Potassium
    Orang dewasa berusia 19 tahun ke atas termasuk wanita hamil, harus mendapatkan 4 hingga 7 gram kalium dalam sehari. Sementara itu, wanita yang sedang menyusui harus meningkatkanpengambilan potassium dalam sehari. Ubi jalar mengandung 950 miligram kalium sehingga makanan ini sangat bermanfaat bagi kehamilan hingga menyusukan bayi.

Dipetik dari Malajah Wanita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.