Apa yang anda harapkan ketika melakkan aktiviti seks bersama pasangan? Jawabnya, mungkin merasai kenikmatan orgasma. Namun jika tidak dapt mendapatkannya, adakah ia bererti anda tidak menikmati hubungan seks tersebut?
Paula Hail, seorang pakar psikologi menjelaskan definisi kepuasan seks atau orgasma pada setiap orang berbeza. Namun pakar terapi mendefinisikan orgasma sebagai letupan yang dialami tubuh seseorang akibat dari tindak balas tegangna neuromuscular (ketegangan otot dan saraf) yang memuncak. Orgasma itu dicapai oleh sesorang yang melakukan hubungan seksual dengan gejala-gejala fizikal yang tersentu seperti :-
- Jantung berdegup dengan lebih kencang dan nafas menjadi lebih berat akbiat otot-otot di paru-paru menengang.
- Ransangan dan sentuhan yang diterima membuatkan otak menghasilkan hormon endorfin dan oksitosin sehingga tubuh menjadi tegang.
- Darah mengalir dengan lebih cepat ke seluruh tubuh termasuklah ke kawasan genital dan merangsang otot-otot organ dalam tubuh berkontraksi.
- Kontraksi berlaku pada otot pinggul antara lima hingga 15 kali dengna selang waktu 0.8 sehingga satu saat.
Hubungan Seks Menghasilkan Orgasma?
Sebaiknay jangan jadikan orgasma sebagai tujuan atau matlamat dalam melakukan hubungan seks bersama pasangan. Keinginan meraih orsama hanya membebankan anda dan pasangan. Sebenarnya anda masih boleh menikmati aktiviti seks tanpa orgasma.
Apa yang perlu anda lakukan adalah mencipta suasana selamat, selesa, romantis dan releks seperti saling merangsang, membisikkan kata-kata intim dan mengungkapkan rasa sayang. Suasana yang menyokong dan rangsangan fizikal yang dilakukan atau diterima secara automatiknya akan menyebabkan orgasma.
Orgasma wanita
Wanita sangat kompleks kerana rangsangan dan kepuasan seksual wanita ditentukan oleh faktor fizikal dan psikologi. Ini menyebabkan wanita tidak mudah menikmati orgasma hubungan seks. Masalah ini sering katian dengan faktor fizikal yang menentukan orgasma adalah seperti rangsangan yang kurang, sedang menjalani terapi kesihatan atau tidak sihat.
Sedangkan faktor psikolgo adalah sperti cemas, tekanan atau tidak serai dengna pasangan. Padangan yang keliru tentang orgasma sebagai pengukur kejayaan hubungan seksual menyebabkan wanita cenderung berusaha mencapai orgasma atau jika mereka tidak boleh merasakannya, wanita akan berpura-pura.
Kesan Pada Suami?
Kesan pada suami, dari segi fizikal mungkin tidak, namun sudah lumrah bagai lelaki apabila kerap berasa diperlukan oleh isteri. Sikap tidak jujur dalam merasai kepuasan seksual akan mengganggu ego lelaki kerana ketidakupayaan suami untuk memuaskan isteri menjadikan mereka rasa diri tidak sempurna. Ini boleh menjejeaskan hubungan suami isteri.
Daripada berpura-pura, lebih baik isteri jujur dengan suami jika anda tidak ada keinginan untuk melakukan hubungan seks atau jika tidak menikmati orgasma.
Kualiti Bukan Kuantiti
Perkara utama perlu anda perhatikan tentang orgasma buknlah kekerapan melakukan hubungan seks tetapi bagaimana ia dapat dinikmati dan dirasai. Orgasma bukanlah petunjuk kepusasan seksual dalam hubungan suami isteri. Sebenarnya, ia bukan hanya penyatuan dua tubuh semata-mata tetapi juga menyatukan jia anda berdua sebagai suami isteri.
Sumber Majalah Wanita.