Ubi Keledek Tidak Menggemukkan

Ubi Keledek Tidak MenggemukkanAnda mungkin tidak biasa mendengar perkataan ubi jalar. Ubi jalar atau keledek tergolong dalam kategori makanan berubi. Sama seperti kentang., ubi kayu dan sengkuang, ubi jalar sangat bermanfaat untuk kesihatan. Kandaungan lemak dan kalori ubi jalar tidak sampai menggemukkan dan yang pasti mampu mengawal berat badan. Mulai sekarang, jangan lagi memusuhi ubi jalar dan masukkan ia dalam menu diet anda.

  1. Karbohidrat
    Ubi jalar mempunyai kandungan karbohidrat yang rendah berbanding jeni ubi-ubian yang lain. Jika jenis ubi lain mengandungi lebih kurang 26 gram karbohidrat tetapi ubi jalar hanya mengandungi 23 gram karbohidrat. Ini menunjukkan bahawa ubi jalar merupakan sumber karbohidrat yang baik untuk tubuh. Paling penting ia mengenyangkan dan tidak menggemukkan.
  2. Sumber Serat
    Ubi jalar mempunyai serat hampir dua kali ganda berbanding jenis ubi-ubian lain. Dikatakan ubi jalar menyumbangkan hampir 7 gram serat setiap kali pengambilannya. Serat yang tinggi membantu melambatkan proses pembakaran kalori dan ini membolehkan kalori digunakan lebih lambat dan lebih baik.
  3. Vitamin dan Kalimun
    Tubuh badan memerlukan vitamin yang baik dan berkesan. Ini ada pada ubi jalar. Selain mempunyai sumber karbohidrat, ubi jalar juga merupakan sumber vitamin yang baik, misalnya, vitamin A, vitamin C B6, kalium, riboflavin dan banyak lagi. Sebiji ubi jalar memiliki 28 peratus kalium dan ini menunjukkan ia mempunyai lebih banyak kalium berbanding sebiji pisang.
  4. Kandungan Air
    dikatakan juga ubi jalar mempunyai kandungan air yang banyak. Ini dapat membantu anda menurunkan berat badan. Badan yang mengandungi banyak air, senang kembali kepada bentuk asal berbanding badan yang mengandungi kadar lemak tinggi. Selain itu, makan makanan yang mengandungi kadar air yang tinggi juga cepat membuatkan anda berasa kenyang. Jangan risau, air mudah keluar melalui peluh, buang air kecil dan banyak lagi. Salah satu sumber yang mengandungi air yang tinggi ialah ubi jalar. Jadi jangan takut mengambil ubi jalar.
  5. Pilih Ubi Jalar Yang Tepat
    Ubi jalar segar adalah yang terbaik. Elakkan membeli ubi jalar yang sudah pecah dan agak layu. Kemudian simpan di tempat yang tidak terlalu terdedah dengan matahari pada suhu bilik dan tidak terlalu sejuk. Ubi jalar akan bertahan lebih kurang satu hingga dua minggu.
  6. Pelbagaikan Menu
    Ubi jalar dapat dijadikan pelbagai hidangan untuk minum petang atau sebagai pencuci mulut. Di India, ubi jalar dijadikan sayuran untuk pelengkap hidangan.

Sumber Majalah Wanita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.