Dilampir dari Mirror mengatakan bahawa aktiviti hubungan seks memiliki beberapa manfaat. Hasil sebuah kajian mengatakan bahawa kita haru mengalami 200 orgasme dalam masa satu tahun kerana orgasme meningkatkan daya tahan tubuh manusia.
Berikut adalah 10 manfaat hubungan seks bagi lelaki dan wanita yang perlu anda tahu.
- Ubat Kepada Selesema
Sering melakukan hubungan seks meningkatkan sistem daya tahan tubuh dan membantu melawan batuk dan selesema. Perkara ini pernah dibuktikan oleh penyelidik di Wilkes university di Pennsylvania. - Mengurangkan Tekanan
Dalam sebuah kajian dalam Jurnal Biological Psychology, menemukan bahawa hubungan seks mampu memberi tindak balas dalam situasi stress. Menyentuh, mencium dan memeluk pasangan mampu menurunkan hormon stress dan meningkatkan hormon bahagia pada tubuh. - Penaik Nafsu
Selalu melakukan hubungan seks akan meningkatkan aliran darah bagi pelinciran dan keanjalan vagina yang akan membuatkan seks lebih baik. - Penawar Rasa Sakit
Pemerhatian yang dilakukan, mengatakan bahawa orgasme dapat mengurangkan separuh sensitiviti tubuh terhadap rasa sakit termasuk sakit punggung dan migrain. - Awet Muda
Para saintis di Royal Edinburgh university menemukan pasangan yang melakukan hubungan seks paling kurang 4 kali seminggu, 10 tahun lebih muda. - Melindungi Jantung
Lelaki yang melakukan hubungan seks dua kali seminggu, 45% lebih kecil kemungkinannya untuk terkena penyakit jantung. Hubungan seks yang teratur membantu menurunkan tekanan darah yang dapat mengurangi risiko seperti serangan jantung dan stroke. - Membuatkan Tubuh Lebih Langsing
Doktor di university or Montreal menemukan melakukan hubungan seks 24 minit dapat membakar 104 kalori untuk lelaki dan 67 kalori untuk wanita. Hubungan seks dapat meningkatkan denyutan jantung dan melatih otot untuk lebih efektif. - Melindungi Dari Kanser
Kehidupan hubungan seks yang aktif dapat mencegah kanser payudara pada lelaki dan wanita. Sebuah kajian Yunani yang diterbitkan di British Journal of Cancer pada tahun 2000 mengatakan bahawa lelaki yang kurang 6 kali orgasme dalam sebulan berisiko lebih tinggi terkena serangan kanser.Sementara kajian pada 1989, mereka yang melakukan hubungan seks kurang dari sekali sebulan, lebih berisiko terkena kanser payudara.
- Menguatkan Tulang
Hubungan seks dapat membantu lelaki meningkatkan testosteron dan wanita mempertahankan tingkat estrogen mereka. - Membuatkan Tidur Lebih Nyenyak
Tubuh melepaskan zat kimia seperti serotonin setelah orgasme, membantu menjaga pola tidur yang sihat. Pemerhatian juga dilakukan bahawa lelaki lebih mudah berasa ngantuk selepas melakukan hubungan seks.