Onani adalah kegiatan seksual tanpa persetubuhan yang sering dilakukan oleh lelaki mahupun wanita. Menurut sebahagian besar doktor, onani atau masturbasi termasuk dalam kategori safesex andai dilakukan dengan betul hingga tidak menjejaskan kesihatan dan tidak terlalu selalu hingga ketagih.
Dipetik dari Aam.my, berikut adalah 7 ciri wanita dan lelaki yang sering melakukan onani.
- Menjadikan Onani Sebagai Pelempias Emosi
Ghairah seks adalakanya akan meningkat ketika emosi sedang tidak stabil. Salah satu cara untuk meredakan emosi yang tidak stabil itu dengan melakukan onani. - Timbul Sakit Pada Kawasan Kelamin
Aktiviti onani atau melancap akan melibatkan rangsangan yang terus menerus pada alat sulit. Jika anda selalu melakukan aktiviti onani, anda akan merosakan struktur pada alat kelamin. Ini juga akan mengakibatkan alat sulit anda melecet dan besar kemungkinan salur darah anda akan rosak. - Timbul Rasa Malu
Menurut dari beberapa doktor, ciri paling ketara dari masturbasi adalah keadaan psikologi pelaku akan terganggu. Si pelaku akan kurang percaya pada diri dan malu ketika bergaul. - Obses
Seperti mereka yang obses dengan game, mereka yang sering melakukan onani tidak mampu untuk menghilangkan dari fikiran untuk tidak melakukan onani. Jika ada waktu yang terluang atau melihat sesuatu yang menghairahkan, fikiran akan sentiasa mencari cara untuk melakukan onani. - Menyesal
Mereka yang selalu melakukan onani, memiliki perasaan bersalah dan selalu berniat berhenti onani setelah melakukanya. Malangnya, perasaan tersebut hanyalah sementara. Jika kembali ghairah, mereka akan mengulanginya kembali. - Mengganggu Hubungan
Bagi pasangan suami isteri, onani boleh dijadikan salah satu aktiviti seks yang boleh dilakukan bersama. Tetapi andai salah satu pasangan lebih menikmati aktiviti tersebut secara sendirian, ia pasti akan mengganggu hubungan. - Kesepian
Mereka yang berasa hampa, tidak memiliki teman, malas beraktiviti dan lebih suka melakukan onani, ini beerti mereka sudah ketagih.