Membina rumahtangga tidak seperti yang dibayangkan. Pasangan suami isteri perlu ada sikap persefahaman antara satu sama lain. Oleh itu, ada baiknya anda jangan lakukan 5 perkara yang menyebabkan isteri naik angin ini.
- Membandingkan Isteri Dengan Wanita Lain
Ini adalah tindakan paling cuai yang selalu dilakukan oleh sesetengah suami. Tindakan ini mampu mencetuskan perang dunia ke-3 dalam rumahtangga anda. Jangan sesekali membandingkan isteri anda dengan orang lain bahkan dengan ibu anda sekali pun. Hargai isteri anda seadanya. Terima segala kebaikan dan keburukan bersama. - Tidak Meletakan Barang Tempat Pada Tempatnya
Tuala basah yang tidak digantung, kasut yang bersepah adalah punca emosi isteri anda berubah dan membuatkan isteri naik angin. Tindakan anda yang tidak meletakan barang pada tempatnya akan membuatkan rumah kotor dan berselerak. - Lupa Tarikh Penting
Catat segala tarikh penting seperti ulang tahun perkahwinan, hari jadi isteri ataupun anak. Kesungguhan anda untuk peka akan tarikh-tarikh ini akan membuatkan isteri anda sungguh bahagia dan dihargai. Andai anda lupa, teka sendiri bagaimana perasaan mereka. - Tidak Mengakui Kesilapan
Jika anda melakukan kesilapan, akuinya dari terus berdebat panjang hingga tidak tidur sekatil. - Mengutamakan Pekerjaan Berbanding Keluarga
Jangan terlalu mementingkan kerja hingga tidak masa untuk bersama keluarga. Luangkan sedikit masa bersama keluarga kerana merekalah segalanya.