3 Sebab Kenapa Anda Harus Tidur Lebih Lama

3 Sebab Kenapa Anda Harus Tidur Lebih LamaPernah atau tidak anda memulakan hari baru dengan menguap tanpa henti disebabkan terlalu mengantuk. Tubuh anda berasa penat dan mata terasa berat untuk dibuka. Ini merupakan tanda anda kekurangan rehat pada malam sebelumnya. Tidur yang cukup adalah syarat penting untuk seseorang memulakan harinya. Oleh itu berikut adalah 3 alasan anda harus tidur lebih lama di malam hari.

  1. Fikiran perlukan ketenangan
    Sepanjang hari beraktiviti, indera manusia menerima pemandangan, suara dan bau. Satu-satu cara untuk otak memproses dan mengenali semua itu adalah dengan tidur.Tidur membuatkan otak anda tidak lagi diisi dengan segala perkara yang memerlukan kerja keras dari saraf. Jika anda tidak tidur, kemampuan otak untuk memproses informasi akan menurun.Dari penyelidikan Dr.Robert Stickgold dari Harvard membuktikan bahwa tidur dapat membantu belajar dan memori dalam dua cara yang berbeza. Pertama, orang yang mengalami gangguan tidur tidak akan fokus secara optimal hingga gagal untuk belajar secara efisien. Kedua, tidur ada peranannya dalam penyatuan ingatan yang penting untuk mempelajari informasi baru.
  2. Prestasi fizikal akan menurun
    Kurang tidur berkaitan dengan pelbagai masalah mental dan fizikal. Ini termasuk mempengaruhi batang saraf yang berkaitan sistem kekebalan tubuh. Sistem inilah yang melindungi seseorang dari terkena selesema dan penyakit ringan. Bila sistem ini tidak berfungsi dengan baik, badan akan lebih banyak sakit.
  3. Tingkah Laku Anda Menjadi Lebih Baik
    Anda rasa susah untuk mengawal emosi? Selalu tertekan dan gagal untuk fokus? Jawapanya mungkin anda kekurangan tidur paling kurang 8 jam. Kajian yang dilakukan, mereka yang dapat rehat dan tidur yang secukupnya akan mengalami tingkah laku yang lebih baik disamping tekanan yang rendah.
lambat pancut, tahan lama & lambat keluar air mani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *