Pastinya ramai penggemar kopi terutamanya bagi mereka yang memerlukan tenaga tambahan. Walau bagaimanapun, pengambilan kopi sebagai minuman kesihatan masih dipertikaikan kesahihannya sekalipun dipercayai mampu menambah tenaga.
Dikatakan, kafein yang terkandung di dalamnya adalah penyebab terjadinya kebergantungan kepada kopi. Terkesan dan bimbang berlakunya lebihan kafein (kopi) di dalam badan maka ramai yang membuat keputusan untuk berhenti dari mengambilnya. Tak usah terburu-buru kerana masih banyak manfaatnya. Selagi dikawal pengambilannya nescaya ia masih boleh diminum dan mendatangkan kesan yang baik kepada tubuh. Berikut adalah 5 manfaat kopi yang perlu anda tahu :
- Mengurangkan Sakit Otot
Minum kopi sebelum melakukan olahraga mampu meredakan dan mencegah rasa sakit di bahagian otot setelah berolahraga. Berdasarkan sebuah kajian yang telah dijalankan oleh University of Georgia, pengambilan kafein dalam kopi mengikut jumlah yang dibenarkan sebenarnya mampu mengurangkan rasa sakit sehingga lima puluh peratus. - Tingkatkan Daya Ingatan
Terdapat sebuah kajian mengatakan kafein di dalam kopi mampu meninggalkan kesan positif kepada daya ingatan terutamanya bagi pesakit alzheimer. Dipercayai, jumlah protein di dalam otak mampu diturunkan apabila pesakit alzheimer ini mengambil kopi sebagai minuman. - Mencegah Sembelit
Jangan terkejut, sembelit bukan hanya boleh diatasi dengan mengambil buah-buahan yang berserat sahaja bahkan terdapat alternatif lain juga yang mampu dipraktikkan. Antaranya ialah dengan mengambil kopi panas di mana ia dikatakan membantu memenuhi keperluan cecair di dalam tubuh sekali gus mencegah maslaah sembelit. Lebih-lebih lagi apabila kopi merupakan agen yang mampu merangsang penguncupan otot serta pergerakan di dalam sistem pencernaan. - Mencegah Penyakit
Bahan antioksidan di dalam kopi telah diketahui berupaya untuk menurunkan risiko diabetis, penyakit jantung serta berberapa jenis kanser termasuklah masalah batu di buah pinggang dan parkinson. Kesannya tidak kelihatan pada waktu ini namun percayalah di masa akan datang, anda pasti berterima kasih dengan kopi. - Meningkatkan Stamina
Sudah diketahui bahawa kopi mampu menyalurkan banyak tenaga seterusnya meningkatkan stamina yang diperlukan oleh tubuh. Terdapat sebuah penelitian yang menunjukkan bahawa mengambil secawan kopi sebelum melakukan sebarang aktiviti sama ada fizikal mahupun bekerja, ia sebenarnya mampu meningkatkan daya tahan tubuh untuk kekal aktif pada hari tersebut.
Sekalipun kopi mengundang pelbagai kontroversi dan persepsi namun ia masih dikategori sebagai minuman ajaib untuk kesihatan. Tetapi awal! Jangan ambil berlebihan kerana dikhuatiri boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang lain seperti meningkatkan tekanan darah, insomnia, sakit kepala dan macam-macam lagi.
Sumber MW