Barisan gigi yang cantik, putih dan bersih membuatkan nilai senyuman melambung tinggi. Nak senyum sampai telinga pun agak yakin! Tapi pastikan juga mulut anda tidak berbau. Apa kata anda cuba gunakan beberapa petua tradisional ini. Dipetik dari MingguanWanita, inilah 6 tips putihkan gigi yang kuning.
Ebook Percuma Putihkan Gigi
1. Gosok Gigi Secara Konsisten
Gosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur. Walau penat macam mana pun, jangan tidur tanpa menggosok gigi kerana saki baki makanan akan membiak kuman di dalam mulut dan membuatkan mulut berbau kurang enak.
2. Gunakan Ubat Gigi Khas
Pilih ubat gigi mengikut keperluan anda. Hari ini terdapat pelbagai jenis ubat gigi yang menawarkan kelebihan masing-masing. Pengeluar ubat gigi menghasilkan produk terbaik kepada pengguna agar mereka dapat menjaga kebersihan dan kecantikan gigi. Ubat gigi kini juga ada yang membantu memutihkan gigi.
3. Elakkan Merokok
Tabiat merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan malah ia juga menyebabkan gigi menjadi kuning dan berkarat. Selain itu, merokok juga antara punca mulut berbau, secara perlahan-lahan tinggalkan tabiat buruk ini.
4. Kurangkan Minuman Berkafein
Suka sangat ambil minuman berkafein secara berlebihan menyebabkan kerosakan pada gigi. Ini meninggalkan kesan kuning pada gigi. Cuba biasakan minum air putih selepas mengambil minuman berkafein untuk membilas gigi.
5. Abu Daun Kelapa Putihkan Gigi
Atau anda suka dengan petua tradisional? Cuba amalkan menggosok gigi dengan abu daun kelapa. Lakukan seminggu dua kali, gigi yang kuning akan beransur putih dan kelihatan bersih. Abu kulit manggis juga boleh digunakan untuk memutihkan gigi.
Ebook Percuma Putihkan Gigi
6. Kelebihan Garam Halus
Nak betul-betul gigi lebih bersih, gunakan garam halus. Taburkan garam pada berus gigi, kemudian gosok bahagian ini dengan sempurna. Gigi bukan sahaja bersih malah dapat mengurangkan masalah gigi kuning.