7 Ciri Suami Yang Bakal Menjadi Ayah Yang Sempurna

7 Ciri Suami Yang Bakal Menjadi Ayah Yang SempurnaZaman sekarang, ramai lelaki sudah berubah. Mereka tidak lagi sanggup untuk menggendong, memandikan apatah lagi untuk bermain dengan anak. Tetapi adakah semua lelaki begitu? Apakah yang dimaksudkan dengan lelaki yang bakal menjadi suami dan ayah yang baik? Berikut adalah 7 ciri suami yang bakal menjadi ayah sempurna.

  1. Tidak takut untuk kelihatan mengarut
    Bila suami anda adalah lelaki yang kurang malu dalam sesetengah perkara, itu merupakan tanda ia ayah yang tidak kesah untuk dimalukan oleh anak-anak kecil anda. Ia tidak kesah bila kukunya di warnakan oleh puterinya ataupun terpaksa memakai kostum buruk untuk menghiburkan puteranya.
  2. Bersedia untuk merawat anda ketika sakit
    Suami dan ayah yang baik adalah sentiasa sedia untuk merawat isteri ketika sakit. Bahkan tidak merasa geli jika anda muntah dihadapannya.
  3. Rela mengorbankan kesenangan peribadi
    Bila suami sanggup untuk mengorbankan kesenangan peribadi demi kesenangan anak dan isteri, sayangi dan cintailah beliau kerana dia suami dan ayah yang unggul. Ini kerana masih ada sesetengah suami yang masih terikat dengan hobi hingga terabai anak dan isteri.
  4. Sanggup melakukan kerja rumah
    Suami yang baik, tidak berkira untuk melakukan kerja rumah dengan isteri.
  5. Melayan anak dengan baik
    Cuba lihat bagaimana suami anda melayan anak anda. Jika ia layan dengan baik, itu petanda berapa baiknya ia akan menjadi ayah nanti.
  6. Sabar
    Memiliki anak sangat memerlukan kesabaran yang tinggi. Seorang anak pastinya akan merengek, menangis dan sebagainya. Ayah yang baik adalah mereka yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan mampu mengatasi anak dalam kondisi apapun.
  7. Bertolak ansur
    Kesalahan adalah kunci kejayaan dalam hidup. Dengan kesalahan kita tahu mana yang betul dan mana yang salah. Anak sering melakukan kesalahan. Oleh itu menjadi tanggungjawab seorang ayah untuk membetulkan dan bertoleransi dengan kesalahan apa yang dilakukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.