7 Sebab Morning Sex Lebih Mengujakan

7 Sebab Morning Sex Lebih MengujakanBila waktu untuk melakukan hubungan seks dengan pasangan? Kebanyakan orang akan memberi jawapan di malam hari. Tapi bukan malam yang sepi saja, pagi yang tenang dan segar juga boleh menjadi waktu yang sesuai untuk melakukan hubungan seks dengan pasangan. Bahkan, morning sex banyak manfaatnya yang ramai tidak tahu. Berikut adalah 7 sebab morning sex lebih mengujakan berbanding kopi pagi.

  1. Lebih Bertenaga
    Setelah anda dan pasangan berehat dengan tidur, pagi hari sudah pastinya menjadi waktu yang menyegarkan. Ketika tenaga masih banyak, anda dan pasangan boleh melakukan seks singkat. Melakukan seks diwaktu pagi lebih berkualiti kerana anda tidak dalam keadaan penat.
  2. Meningkatkan Hormon Estrogen
    Bagi wanita, melakukan hubungan seks diwaktu pagi adalah cara terbaik untuk mencantikan kulit kerana peningkatan hormon estrogen. Ketika hormon ini meningkat, kulit menjadi lebih halus dan kencang serta rambut juga kelihatan lebih sihat dan bersinar.
  3. Meningkatkan Imun Tubuh
    Morning sex boleh meningkatkan imun tubuh dan membuatkan anda kelihatan awet muda dan berseri-seri. Ini juga terkait dengan kesihatan jantung kerana peredaran tetap lancar.
  4. Membuat Anda Lebih Bahagia
    Secara semula jadi, tubuh akan menghasilkan lebih banyak endorfin setelah melakukan hubungan seks. Jika anda melakukan morning sex, mood anda akan lebih stabil sepanjang hari. Ini adalah bekal untuk menhadapi tekanan kerja.
  5. Pengganti Senaman
    Seperti bersukan, melakukan hubungan seks juga mampu membakar banyak kalori tubuh hinggakan kamu tidak perlu lagi jogging ataupun lari pada waktu untuk tubuh tetap sihat dan bugar.
  6. Meningkatkan Kepercayaan Kepada Pasangan
    Morning sex boleh jadi susah untuk dilakukan kerana besar kemungkinan anda mahupun pasangan bangun dalam keadaan wajah yang tidak cantik. Tapi jika anda jujur pada diri anda yang mana cinta tidak dilihat dari penampilan fizikal, anda telah menambah kepercayaan kepada pasangan anda.
  7. Hubungan Rumahtangga Berkekalan
    Melakukan morning sex adalah suatu perkara yang jarang pasagan lain melakukannya. Dengan melakukannya, jangan terkejut jika pasangan tidak bosan dengan anda dan selalu rapat dengan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.