5 Perkara Romantik Selepas Seks

3 Harapan Wanita Terhadap Lelaki

Copyright ThinkStockPhotos.com

Seks atau hubungan intim antara suami isteri merupakan lambang kasih sayang. Ia juga menjadi keperluan asas  yang harus dipenuhi bagi pasangan suami isteri. Tapi dalam hal ini ada sebahagiannya lebih mementingkan aktiviti seks, namun ada juga yang lebih tertarik pada perlakuan pasangan setelah seks itu selesai.

Menyentuh tentang perlakuan selepas seks sebenarnya ramai wanita merasa kecewa dengan sikap suami. Selepas seks sering kali suami meninggalkan isteri tanpa ada tindakan romantik selanjutnya. Akibatnya ada isteri berasa sikap suami seperti perumpamaan habis madu sepah dibuang. Lalu apa yang sebaiknya dilakukan setelah melakukan hubungan seksual? Berikut adalah beberapa tindakan yang dikategorikan romantik selepas seks.

  1. Ungkapan Cinta
    Berkomunikasi setelah melakukan hubungan seks kadang kali dilupakan oleh kebanyakan pasangan. Berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita mendambakan ungkapan cinta dan rasa sayang daripada suami setelah melakukan hubungan seks. Menurut mereka, itulah tanda cinta yang sebenarnya, bukan hubungan intimnya. Namun kenyataan kebanyakan lelaki tidak melakukanya.
  2. Pujian
    Memberi pujian setelah melakukan hubungan suami isteri sangat besar pengaruhnya terhadap mental. Ia banyak berkait dengan kepercayaan diri baik daripada pihak suami mahupun isteri apatah lagi jika pasangan sudah lama berkahwin. Kadang kali kedua-duanya merasa bosan dan menganggap pasangan tidak lagi menarik. Kepekaan suami mahupun isteri sangat diperlukan. Anda sebagai isteri boleh mengungkapkan bahawa anda akan tetap menikmati hubungan intim bersamanya dan akan terus mencintai suami seadanya.
  3. Sentuhan Atau Belaian
    Sebagai wanita pastinya akan merasa bahagia bila suami membelai rambut, memegang tangan sambil mengungkapkan rasa cinta terhadap diri anda. Sebagai isteri juga anda wajib melakukan perkara yang sama. Pegang tangan suami dan belai wajahnya. Ada masanya lelaki memerlukan perkara ini untuk menyakinkan mereka bahawa dirinya sangat disayangi.
  4. Kucupan
    Kucupan setelah melakukan hubungan intim akan membesarkan rasa cinta terhadapa pasangan. Selain mencium bibirnya, anda juga boleh mengucup tangan, pipi mahupun dahinya.
  5. Pelukan Hangat
    Akhirinya dengan pelukan yang hangat. Pelukan atau dakapan merupakan salah satu bentuk ikatan antara pasangan. Ia perlu untuk meningkatkan cinta dan mengeratkan hubungan pasangan suami isteri. Tidur dengan berpelukan adalah perkara romantik yang harus dilakukan. Isteri pasti selesa tidur dalam dakapan suami. Ia akan membuat dirinya rasa selamat, dilindungi dan disayangi.

Sumber : Majalah Wanita

lambat pancut, tahan lama & lambat keluar air mani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *