6 Mimpi Erotik Dan Maksudnya

6 Mimpi Erotik Dan MaksudnyaKata orang tua-tua, mimpi hanya mainan tidur. Ada pula yang mempercayainya walaupun imej-imej ini kabur ditafsirkan, tetapi ia bukan mustahil. Begitu juga dengan mimpi berahi. Ada simbol-simbol yang berkait rapat dengan rutin seks anda.

Tahukah anda semua imej yang hadir dalam mimpi punya situasi seksual dan erotik yang berlainan konteks? Banyak makna yang terselindung di sebalik mimpi yang anda alami. Mimpi juga dapat membantu anda memulihkan aktiviti seks. Terserah, jika anda ingin mendalaminya!

  1. Lambang Haiwan
    Haiwan selalunya mewakili suatu siri yang ditakrifkan sebagai konsep, idea dan tafsiran mimpi yang jelas. Misalnya, seekor kucing mewakili kepuasan yang sangat tinggi. Kuda pula mewakili pasangan anda yang kuat dan sihat, manakala haiwan yang perkasa menunjukkan pasangan yang sebenar, ideal dan sentiasa anda diigaukan. Burung pula menonjolkan pasangan yang punya keghairahan seksual yang tinggi. Berita buruk jika kamu bermimpikan ular kerana ia mewakili ketakutan, perasaan yang terpendam, keinginan seks yang sukar ditelah juga sering beremosi.
  2. Air, Hujan, dan Guruh
    Imej air dan fenomena alam yang lain sering hadir di latar belakang mimpi erotik anda. Makna yang tersirat di sebalik kabus, hujan, sungai, ribut menunjukkan perasaan seksual tersendiri. Air biasanya mewakili keinginan seks anda. Sungai umpama gelodak rasa yang terbangkit dek nafsu yang hangat dan sukar digambar. Gelora lembut mengasyikkan amat sinonim dengan kepuasan seksual. Biasanya mimpi seperti ini dialami selepas adegan anda ‘bersama’. Kabus dikaitkan dengan perasaan yang tersembunyi mahukan seks sebenar ataupun keinginan lain. Hujan pula ibarat kemelesetan juga kesedihan yang terpendam tentang keupayaan seks. Guruh pula ibarat paparan ketakutan dan kebimbangan. Lebih kuat bunyinya, lebih berkuasa emosi luruh anda.
  3. Struktur Fizikal
    Anda bermimpi berjalan di mahligai atau istana ertinya anda berfikir untuk mencuba sesuatu aktiviti seksual yang baru. Kemegahan dan ketinggian bangunan membawa erti anda perlu mempertingkatkan lagi rutin seks dan mencuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan. Sebaliknya jika anda mimpi mengadakan hubungan seks di suatu tempat yang biasa dan membosankan, anda perlu menukar tabiat seks anda. Bila mimpi mengadakan hubungan seks di rumah orang lain, anda dikaburi kesedihan dan kesepian. Jika mimpi terperangkap di dalam bangunan, mungkin menunjukkan perasaan sunyi dan tidak puas hati dengan rutin seks yang anda lalui.
  4. Terbang
    Setiap dari kita pasti pernah bermimpi terbang bebas di langit biru. Fahami erti mimpi ini, ia menunjukkan kebebasan dan keasyikan seksual. Maka tidak hairanlah anda tidak mahu bangun dari lena! Jika anda terbang dengan yakin, maka anda berasa amat positif dengan kehidupan seks jika sebaliknya, anda rasa ragu-ragu dengan hubungan seks anda.
  5. Makanan dan Minuman
    Bermimpi tentang juadah makanan dan minuman memberi maksud membayangkan suatu hubungan bersama yang mengasyikkan. Lebih eksotik impian selera anda, menunjukkan kemesraan dan keinginan seks yang kerap. Jika dalam mimpi itu anda memberi makanan kepada pasangan, ia membawa hasrat mahu memuaskan dia dan memupuk rasa mesra bersama. Jika memberi makanan kepada orang lain, ini sebenarnya menonjolkan keinginan mahu menggoda seseorang yang baru hadir dalam hidup anda. Jika seseorang memberi makanan kepada anda, anda mahu tumpuan terarah hanya kepada anda kala hubungan seks berlaku.
  6. Seks Secara Terbuka
    Mimpi seksual terang-terangan dengan imej anda beronani, melakukan hubungan intim bersama pasangan, oral seks dan sebagainya mudah dirungkaikan. Jika kamu sedang hangat ‘bersama’ di dalam mimpi, bermaksud anda mahukan seks luar biasa bersama pasangan atau sesiapa yang diigaulkan pada saat ini. Ini juga boleh dikaitkan dengan pengalaman berahi anda dan pasangan di mana saat intim bersama mendapat kepuasan paling maksimum.

Sumber : Eh.com.my

lambat pancut, tahan lama & lambat keluar air mani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *