Cinta Mekar Bak Pengantin Baru

Cosmo.ph

Cosmo.ph

Hubungan dalam rumah tangga memang ada pasang surutnya. Perselisihan faham pasti berlaku kerana perbezaan pemikiran antara lelaki dengan wanita. Lelaki selalunya berfikiran mengikut logik manakala wanita melihat sesuatu perkara dengan lebih terperinci berserta emosi.

Perbezaan ini menuntut persefahaman antara suami isteri. Segala perselisihan pendapat jika berlaku harus ditangani hati-hati agar tiada yang terluka dan lebih penting cinta tidak pudar kerananya. Meski berdepan dengan banyak ujian dalam perhubungan sama ada akibat perbezaan pendapat, masalah anak dan sebagainya, satu yang pasti rasa cinta pada pasangan jangan sampai tergugat. Sebaliknya perasaan ini harus terus dibaja agar sentiasa membara seperti pasangan pengantin baru. Jangan pernah terbit rasa jemu menatap wajahnya, mendengar suaranya dan berbicara dengan pasangan.

  1. Belaian Manja
    Dalam hubungan suami isteri, belaian amat penting. Tanpa sentuhan daripada pasangan maka hubungan akan mudah menjadi hambar. Sentuhan di sini bukanlah bermaksud hubungan seks sahaja. Ia termasuk sentuhan yang mengungkap perasaan kasih sayang seprti mengusap rambut pasangan kala menonton televisyen, berpelukan kala mengunggu mata terlelap atau saling memberi kucupan sebelum keluar dari rumah untuk ke tempat kerja.
  2. Bicara Manis
    Melontarkan kata-kata yang enak didengar merupakan salah satu cara supaya hubungan suami isteri bahagia bagaikan pengantin baru. Cuba lihat kembali saat anda baru berkahwin dahulu. Pasti semuanya indah bukan? Ayat-ayat manis sentiasa menghiasai bicara. Sememangnya ia perlu diteruskan. Tutur kata yang kasar boleh menyebabkan hati yang lembut menjadi keras. Sebaliknya tutur kata yang baik boleh membuatkan hati keras menjadi lembut,
  3. Pujuk Rayu
    Pujuk rayu selalunya berkait rapat dengan perihal merajuk yang sinonim golongan wanita atau isteri. Punca isteri merajuk disebabkan golongan wanita mempunyai hati yang mudah tersentuh. Apabila pasangan merajuk, jangan sesekali rasa malas hendak memujuk. Hati yang merajuk jika tidak dipujuk akan menjadi semakin parah. Hal ini akan menjadi barah dalam hubungan rumah tangga.Pasangan merajuk tidak perlu memujuk dengan jambangan bunga atau hadiah yang mahal. Cukup sekadar berbicara lembut dan melayani hatinya sahaja. Memujuk memerlukan kemahiran. Sapa, tegur dan hantar mesej di telefon bimbitnya sudah cukup mencairkan hati isteri yang sedang merajuk. Barulah romantik bak pengantin baru!!
  4. Puji-Pujian
    Memuji pasnagan merupakan salah satu lagi cara untuk menyegarkan perhubungan. Pujilah masakan isteri yang enak atau puji sikap suami yang ringan tangan membantu kerja rumah dan sebagainya. Tiada salahnya memuji pasangan sendiri kerana dialah insan yang ada di sini untuk membahagiakan kita.

Sumber : Majalah Wanita

lambat pancut, tahan lama & lambat keluar air mani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *