Sesetengah orang menganggap sesuatu pekerjaan itu buruk mahupun membosankan. Ia baik dari segi gaji bulanan, lokasi tempat kerja ataupun skop kerja yang dilakukan.
Akan tetapi tidak semua yang dianggap buruk itu tiada baiknya. Ada beberapa perkara baik yang terselindung dari pekerjaan yang kelihatan buruk mahupun membosankan dari luaran itu. Untuk itu, mari kita ungkap kebaikan dari pekerjaan yang dilihat buruk.
- Tidak Sekadar Bekerja
Contohnya jika bekerja sebagai pelayan, tugas yang dilakukan adalah melayan tetamu yang datang ke hotel atau restoran. Ia nampak remeh tetapi apa yang dilakukan sangat bernilai untuk masa hadapan. Andai kata anda menjadi bos satu hari nanti selepas bermula dari bawah, ia lebih bermakna jika terus bermula dari atas. - Dapatkan Kemahiran Yang Berkaitan
Kemahiran sangat diperlukan dalam bidang pekerjaan. Oleh itu, cari sebanyak mana kemahiran ataupun pengalaman yang berkaitan. - Belajar Perkara Baru
Pengalaman tidak hanya diperolehi dari kerja di pejabat sahaja. Ia boleh diperolehi di mana sahaja anda pergi. Sebagai contoh jika anda sebagai wartawan, semakin banyak anda membuat liputan semakin banyak benda baru yang anda pelajari.