5 Makanan Yang Akan Suburkan Sperma Anda

5 Makanan Yang Akan Suburkan Sperma AndaBagaimana caranya menyuburkan sperma anda? Tentunya pengambilan makanan yang berkhasiat dan melakukan senaman. Pertanyaannya sekarang, apakah makanan yang akan suburkan sperma anda?

Menurut  Dr.Keith-Thomas Ayoob, ahli nutrisi dan juga penasihat di American Council for Fitness dan Nutrition mengatakan bahwa makanan yang akan suburkan sperma anda adalah makanan yang baik untuk jantung dan membuatkan aliran darah tetap lancar. Berikut adalah 5 makanan yang akan suburkan sperma anda seperti mana yang dicadangkan oleh Ayoob.

  1. Tembikai
    Buah yang berwarna merah atau kuning ini mempunyai kandungan air yang tinggi dan menyimpan banyak manfaat untuk melancarkan peredaran darah dan memperbaiki kualiti sperma anda. Menurut Ayoob, tembikai kaya dengan potasium yang mampu mencegah tekanan darah tinggi dan selain mengandung lycopane yang cukup sebagai anti oksidan bagi melawan kanser.
  2. Tomato
    Sama seperti tembikai, tomato juga banyak mengandungi lycopane yang beerti kaya dengan anti-oksidan. Lycopane terbukit dapat meningkatkan kesihatan prostat. Kajian menunjukkan lycopane dan mengurangkan kanser prostat. Dengan prostat yang sihat, anda mampu menghasilkan sperma yang kuat.
  3. Salmon
    Salmon kaya dengan omega 3 yang mampu menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh. Ikan ini mengandungi protein yang bukan hanya membuatkan sperma anda kuat, bahkan mampu sperma anda berenang dengan lincah.
  4. Susu rendah lemak atau yogurt
    Susu dan yogurt banyak mengandungi kalsium dan potasium. Dua kandungan ini mampu menjaga tekanan darah anda untuk sentiasa normal dan membuat aliran darah di dalam pembuluh darah lebih lancar. Ayoob mencadangkan untuk mengambil susu rendah lemak. “Jika tekanan darah terlalu rendah, sperma yang dihasilkan pun tidak kuat,” katanya. “Kalaupun sperma itu perenang yang baik, tapi ia tidak mampu sampai kemana-mana,” tambah Ayoob lagi.
  5. Kacang
    “Kacang kaya dengna mineral,” jelas Ayoob. Kandungan yang ada di dalam kacang mencegah naiknya gula darah. Makanan ini sangat sesuai untuk menurunkan kadar kolesterol. Dengan kadar kolestrol yang normal, lelaki mampu menghasilkan sperma yang hebat. Sebaliknya jika kadar kolesterol yang tinggi, jumlah sperma lelaki menjadi rendah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.