7 Tanda Dia Terus Setia Dan Tak Akan Berpaling Darimu

copyright Unpopulart - Hendieta & Garuda

copyright Unpopulart – Hendieta & Garuda

Rasanya tidak ada yang paling membahagiakan dan membuatkan hati tenang selain memiliki pasangan yang setia. Berasa dengan pasangan yang setia, kita akan merasa nyaman dan tidak cemas akan hal-hal yang diinginkan. Bahkan sebuah hubungan yang berlandaskan dengan kesetiaan akan menghadirkan kebahagiaan.

Untuk ketahui kesetiaan seorang lelaki, ianya sesuatu yang amat sukar. Tetapi untuk melihat kesetiaanya itu, boleh dinilai melalui perbuatannya. Berikut adalah 7 tanda dia terus setia dan tak akan berpaling dari diri mu wahai Ladies!!

  1. Saat ada masalah, dia tak lepas tangan
    Jika muncul sebarang masalah, dia bukan jenis yang hilang begitu sahaja. Dia akan membantu mu dan bersama-sama mencari jalan keluarnya.
  2. Dia selalu membuatkan anda ketawa
    Jika dia memang jujur mencintai mu, dia akan selalu berusaha untuk membuatmu bahagia. Berbagai cara untuk membuatkan anda ketawa. Ketawa anda adalah kebahagiaanya.
  3. Minta maaf setelah melakukan kesilapan
    Hanya lelaki yang berani sahaja mahu minta maaf setelah membuat salah. Lelaki yang selalu menjadi rebutan adalah lelaki yang mengaku salah selepas melakukan kesalahan
  4. Melayan keluarga anda dengan baik
    Untuk mengetahui tahap kebaikan hatinya, cuba perhatikan cara dia melayan ahli keluargamu. Jika dia melayan keluarga anda dengan baik, rasanya dia tak kan berpaling darimu.
  5. Tidak mungkiri janji
    Bukan hanya janji manis di mulut sahaja. Jika sudah membuat janji, dia akan berusaha untuk menepatinya walaupun ada halangan yang cuba menghalang.
  6. Orang pertama membantu jika anda ada masalah
    Jika anda mengalami sebarang masalah, dialah orang pertama yang akan hadir untuk membantumu. Dia akan cuba lakukan apa sahaja untuk membuatkan anda rasa lebih baik.
  7. Mengambil berat tentang dirimu
    Dia cukup tahu hal-hal kecil dan sederhana tentang diri anda. Mulai dari bab makanan hinggalah perubahan kecil lain seperti gaya rambut gaya baju yang anda kenakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.