Dasyatnya Manfaat Berpelukan Pada Suami Isteri

Dasyatnya Manfaat Berpelukan Pada Suami IsterSalah satu punca atau pemicu hambarnya hubungan dalam sesebuah rumahtangga adalah kurangnya berkomunikasi hingga hilangnya kehangatan antara suami dan isteri.

Menjaga kerharmonian rumahtangga tidak semestinya melalui kualiti dan kuantiti dalam hubungan intim. Hal-hal kecil seperti berpegangan tangan, pujian manis dan kejutan romantik juga boleh mengembalikan api asmara dalam perhubungan kekeluargaan.

Menurut seorang pakar ahli psikologi, Dr Mark Goulston, menganjurkan pada setiap pasangan suami isteri untuk tidak melupakan beberapa perkara berikut.

  1. Suami Ister Tidur Pada Waktu Yang Sama
    Hal ini mungkin dipandang remeh oleh sesetengah pasangan tetapi berada di bilik tidur pada waktu sama setiap malam merupakan suatu perkara yang positif. Ini kerana waktu tidur yang sama setiap malam merupaka signal atau tanda yang bergolek pada sensasi seksual yang terus menyala.
  2. Suami Isteri Harus Selalu Berpegangan Tangan
    Jalan-jalan di pasar raya atau pun di taman pada hujung minggu sangat mengasyikkan. Satu perkara yang harus anda jadikan kebiasaan adalah saling berpegangan tangan antara satu sama lain. Berpegangan tangan merupakan tindak balas cinta yang kuat untuk menjaga hubungan antara satu sama lain.
  3. Suami Isteri Jangan Melupakan Pelukan
    Menurut kajian, kulit manusia punyai “ingatan” terhadap jenis sentuhan dan yang baik hingga sebaliknya. Oleh itu, jangan remehkan kebaikan berpelukan bagi menjaga keharmonian rumah tangga. Ini kerana, pelukan mampu berikan rasa nyaman dan tenang yang hanya boleh diperolehi dari insan tercinta.
  4. Suami Isteri Harus Saling Luahkan Rasa Cinta
    Memang benar tindakan lebih beerti dari ucapan. Namun tidak ada salahnya untuk sering mengucapkan ungakapan cinta pada pasangan. Tujuannya adalah sebagai alarm atau ingatan kepada pasangan bahwa ia dicintai.
  5. Suami Isteri Harus Saling Berbangga
    Perasaan dihargai dan dihormati merupakan sikap istimewa yang menguatkan hubungan suami isteri. Oleh itu, andai pasangan anda berjaya melakukan pencapaian walau sekecil apapun, pastikan dia tahu bahwa anda berbangga dengannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.