Lebih Bahaya Dari Curang. Ini 6 Perkara Yang Merosakkan Sebuah Perhubungan

6-perkara-yang-merosakkan-sebuah-perhubunganJangan hanya fikir bahwa runtuhnya sebuah perhubungan baik hubungan cinta mahupun perkahwinan disebabkan kecurangan pasangan. Sebenarnya banyak punca yang merosakkan sebuah perhubungan andai kata anda ataupun pasangan tidak curang. 

Dipetik dari forum Ask Reddit menunjukkan beberapa perkara yang boleh menyebabkan hubungan anda terganggu. Berikut adalah 6 perkara yang merosakkan sebuah perhubungan.

  1. Berbohong dan menyembunyikan sesuatu dari pasangan
    Ada kalanya anda mungkin berasa tidak ingin mengatakan sesuatu masalah hanya kerana tidak ingin dilihat lemah ataupun menyakiti hati pasangan anda. Jika anda tetap terus dengan pegangan ini, pasti akan menimbulkan kecurigaan pasangan
  2. Menahan Ungkapan Sayang
    Rasanya tidak perlu untuk menjadi orang yang romantik setiap hari, namun begitu tidak pula untuk menahan rasa sayang anda pada pasangan. Luahkan apa yang anda rasa pada pasangan lebih baik dari terus berdiam diri.
  3. Menahan Rasa Kecewa dan Kesal
    Adakalnya anda mungkin mengenepikan ego anda untuk menjadi seorang pemaaf dan memahami hingga mengungkapkan rasa kesal atas apa yang dilakukan oleh pasangan. Kesan negatif ini akan membuatkan hilangnya rasa cinta pada pasangan jika ia diteruskan.
  4. Kurangnya Komunikasi
    Keluar kerja pagi dan pulang malam pasti mendatangkan rasa penat kepada anda dan pasangan hingga tiada tenaga untuk berinteraksi lalu terus tidur. Perkara ini diulang setiap hari dan anda hidup tanpa komunikasi. Ini akan membuatkan anda berasa jauh dengan pasangan.
  5. Mudah Cemburu
    Cemburu itu boleh kerana ianya tanda cinta, tetapi pasangan yang mudah cemburu mampu untuk merosakkan sebuah perhubungan kerana tidak ada rasa percaya pada pasangan.
  6. Berbeza Status Sosial dan Ekonomi
    Hanya kerana anda bergaji besar dan punyai jawatan yang lebih tinggi, tidak beerti anda boleh untuk merendahkan pasangan anda. Ini adalah punca utama keretakan sebuah hubungan yang terjalin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.