Buat pengantin baru khususnya, pengetahuan tentang apakah yang suami mahukan ketika di ranjang adalah penting, agar saat melayari asmara akan menjadi lebih berharga. Ini juga bertujuan agar hubungan anda dan pasangan menjadi lebih mesra dan berpeluang memuaskan antara satu sama lain mengikut kehendak masing-masing.
Menurut Dr.Narayana Reddy, Ahli Seksologi India terkenal, hubungan intim akan membakar 200 kalori iaitu bersamaan dengan 15 minit menggunakan alat senaman atau setengah jam berjalan kaki di taman. Ia juga membantu membebaskan endokrin yang akan menimbulkan rasa ceria dan menjadi penawar terbaik bagi mengatasi tekanan perasaan di kalangan suami isteri”.
1. Pakaian Dalam Seksi
Tidak salah untuk membeli pakaian dalam seksi khas agar suami lebih teruja. Ini kerana lelaki mudah terangsang dengan elemen seksi, lebih-lebih lagi jika si isteri memakai pakaian tidur yang tipis dan menampakkan bentuk serta lekukan tubuh di hadapannya. Kini terdapat banyak pilihan pakaian dalam dengan pelbagai jenis fabrik dijual di pasaran. Malah fabrik satin dan renda merupakan pakaian dalam yang popular di kalangan pengantin baru.
2. Isteri Ambil Inisiatif
Suami gemar untuk memulakan hubungan intim walaupun si isteri bukan dalam mood yang sama. Bagi suami, satu penghargaan jika si isteri boleh menunjukkan semangat ketika bersama dalam menjalinkan hubungan dan akan lebih teruja jika dimulakan sendiri oleh si isteri. Tidak salah bagi seorang isteri memulakan ‘aksi’ mesra yang boleh memancing keinginan suami tersayang untuk bersama.
3. Teknik Pemanasan
Hubungan intim bukan boleh dilakukan secara automatik. Pastinya ia memerlukan teknik pemanasan atau foreplay seperti sentuhan, belaian dan cumbuan mesra terlebih dahulu sebelum ke peringkat seterusnya. Jadi, sama-sama anda bergurau senda dan bermanja sebagai mukadimah cinta bagi menimbulkan mood ghairah anda dan pasangan.
4. Spontan
Tidak dinafikan lelaki lebih sukakan aksi yang spontan. Jadi, tidak perlulah anda merancang sesuatu hubungan itu kerana ia akan menjadi lebih kekok dan kurang kepuasan buat anda dan pasangan.
5. Berani Mencuba Posisi Baru
Hubungan intim pastinya akan berasa bosan jika setiap kali melakukan perkara yang sama. lelaki gemar mencuba sesuatu yang baru ketika sesi intimasi ini. Suami sering berharap, jika mereka inginkan posisi yang baru dan si isteri bersikap lebih terbuka dengan cadangannya itu.
6. Memuaskan Si Isteri
Lelaki tidak akan membiarkan dirinya sahaja yang akan mencapai klimaks. Mereka juga mahukan si isteri turut mencapai klimaks. Kadang-kadang, terdapat wanita yang susah untuk mencapai klimaks tetapi lelaki juga perlu lebih terbuka untuk mencuba cara tertentu agar si isteri turut sama mencapai klimaksnya.
Sumber : Maskulin