Bakal Suami Ada 7 Perangai Buruk Ini? Nasihatkan Segera!!

Artikel kali ini disunting dari Facebook Amir Syahir yang mengajar kite tentang dunia pengurusan wang. Untuk mencari calon bakal imam dan teman menuju ke jannah, faktor power menguruskan kewangan penting di era yang serba serbi mencabar ini. Zaman yang segalanya memerlukan duit.

Tak power sangat pun tak apa lah. Janji tahu uruskan kewangan. Ini tidak, gaji masuk hari ini tengah bulan dah makan megi. Akhir bulan duk pinjam duit kawan. Pastu buat-buat lupa nak bayar balik.

Selain pegangan agama yang mantap serta iman di dada yang padu, korang perlu nasihatkan pakwe kau yang ada 7 ciri di bawah. Antaranya,

1. Terlalu Agungkan Kereta

Selalu sangat minat modified kereta. Yang selalu duk pasang spoiler, tukar sportrim, tukar tayar kereta jadi cacat terkeluar ni dompet dia boleh nipis. Pasal duk bazirkan duit untuk perkara yang tidak penting. Kalau hobi nak buat macam mana kan? Cuba menyimpan 10% daripada gaji dulu, selebihnya barulah berbelanja untuk kereta kesayangan dia tu.

2. Minat Dengan Pakaian Dan Barang Berjenama

Pakaian mesti yang berjenama. Jenis alergik pakai baju takde jenama. Beli guna kad kredit pula tu. Berhutang la pendek kata. Ada tu pinjam duit kawan semata-mata nak beli jam tangan berjenama. Kalau gaji banyak takpe. Ini gaji ciput pun nak pura-pura jadi anak orang berada.

3. Merokok

Duk bakar duit dan senaman paru-paru manjang je. Habis duit beli rokok. Kesihatan pun terjejas. Punya lah marah minyak naik harga tapi harga rokok naik setiap tahun senyap je. Mampu pula beli rokok setiap hari.

4. Tergila-gilakan Gajet Canggih

Telefon pintar baru menjadi idaman. DSLR, Go Pro semua ada. Padahal duit dalam bank sedang menangis dan hutang kad kredit tertunggak. Tak payah nak ikut arus peredaran zaman sangat. Nak buat pergi travel senang kan. Barulah banyak dapat Like bila up gambar nanti.

5. Suka Lepak Kedai Hipster

Setiap minggu up gambar lepak kedai kopi mahal tapi marah-marah PTPTN menipu bagai. Sekali sekala tak salah pun kalau nak lepak kedai hipster. Yang salahnya kalau tiap-tiap minggu. Ke kau yang ajak dia lepak kat situ?

6. Malas Nak Membaca Buku Tentang Pengurusan Kewangan

Dia malas dan tak nak ambil tahu tentang ilmu pengurusan kewangan. Bukan suruh power pun, tapi cukuplah supaya reti uruskan gaji dengan betul dan tak terjerumus membuat hutang yang tak perlu. Tak ada kesedaran menguruskan kewangan ni la sampai hutang tertunggak, kereta pun kena tarik. Kalau selalu duk baca Al-Quran suruh dia masuk minang laju-laju.

7. Tiada Simpanan

Dia kata malas nak menyimpan. Buat apa kerja penat-penat kalau asyik nak menyimpan je. Kahwin pun nak buat pembiayaan peribadi nanti. Boleh bayar ansuran kan. Tak perlu ikat perut bagai. Duit gaji enjoy kasi habis lah. Duit semua habis buat pergi travel. Kau pun ikut sama kan?

Kepada mereka yang inginkan nasihat tentang kewangan, bolehlah follow Facebook Amir Syahir. Pelbagai cara dan jalan beliau kongsikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *