Putus Cinta? Elak Lakukan 5 Perkara Ini

Foto: Shutterstock.com

Bercinta merupakan sesuatu yang indah. Namun perpisahan adalah sesuatu yang amat menyakitkan terutama sekali jika ianya adalah cinta pertama anda. Andai kata suatu hari nanti terjadinya putus cinta antara anda dan pasangan, jangan atau cuba elak lakukan 5 perkara ini.

  1. Hubungi Bekas Kekasih Ketika Teringatkan Dirinya
    Lumrah bagi seseorang yang mengalami putus cinta untuk menghubungi bekas kekasihnya disebabkan selalu mengingatinya. Sebaiknya, jangan hubungi bekas kekasih anda itu untuk keluar dari fasa tekanan secepat mungkin.
  2. Laman Sosial Jadi Tempat Luahan
    Ramai anak muda yang baru putus cinta akan meluahkan segala apa yang dia rasa pada laman sosial. Elakan untuk lakukan perkara ini. Jangan tunjukan yang anda sedang patah hati dan berlagaklah seperti biasa walauapa pun yang terjadi antara anda dan pasangan.
  3. Potong Rambut
    Ada yang mengatakan bahwa dengan memotong rambut akan membuang malang akibat putus cinta. Sebenarnya tidak bahkan ia menampakan dalam keadaan terdesak untuk melupakan apa yang anda sedang lalui. Jangan tergesa-gesa. Jika benar anda henda potong rambut, lakukan untuk mengubah penampilan agar lebih positif dan bukannya disebabkan putus cinta.
  4. Buang Semua Hadiah
    Sabar dahulu. Simpan dulu hadiah pemberian bekas kasih anda disuatu tempat yang jarang anda lihat. Suatu hari nanti pasti anda akan hendak mentertawakan pemberian itu semua.
  5. Mencari Cinta Baru
    Antara kesalahan yang sering dilakukan oleh pasangan yang baru sahaja putus cinta adalah mencari cinta baru dengan terburu-buru. Take time. Ini untuk mengelakan anda terluka lagi dalam waktu yang sangat singkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *